Saturday, February 08, 2014

S'pura Bantah Nama Kapal Baru Indonesia, Wajarkah?



GAMBAR fail tanpa tarikh menunjukkan sebuah kapal perang milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia. 
Singapura bantah nama kapal baharu Indonesia
SINGAPURA -- Pemerintah Singapura membantah rancangan Indonesia yang mahu menamakan dua kapal perang terbarunya sempena nama dua askarnya yang terlibat mengebom bandar raya ini pada tahun 1965.

Tiga menteri Singapura telah meminta rakan sejawat mereka di Indonesia untuk menimbang semula cadangan berkenaan. Jakarta sebelum ini merancang menamakan dua kapal terbaru mereka sempena dua anggota tenteranya, Osman Haji Mohamed Ali dan Harun Said yang didapati bersalah mengebom bangunan MacDonald House di Orchard Road di sini pada Mac 1965.

Seorang jurucakap Kementerian Luar Singapura berkata, dua askar itu didapati bersalah mengebom lokasi tersebut yang meragut tiga nyawa manakala 33 yang lain cedera. Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam, Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen dan Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean telah menghubungi rakan sejawat masing-masing dari Indonesia bagi menyampaikan bantahan tersebut.

Serangan itu berlaku ketika konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Singapura merupakan sebahagian daripada Malaysia ketika itu. Kedua-dua anggota tentera berkenaan kemudiannya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati di sini. Pulau ini memperoleh kemerdekaan pada Ogos 1965.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota tentera itu dianggap sebagai wira di Indonesia dengan upacara pengebumian negara turut dijalankan untuk mereka. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Osman Haji Mohamed Ali dan Harun Said yang didapati bersalah mengebom bangunan MacDonald House di Orchard Road di sini pada Mac 1965, itu bagi Singapura.. Tetapi kedua-dua anggota tentera itu dianggap sebagai wira di Indonesia dengan upacara pengebumian negara turut dijalankan untuk mereka. Jadi mengapa Singapura sibuk-sibuk dengan pandangan yang berbeda itu?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails