HALAMAN HIBURAN
ADA khabar terkini mengenai penyanyi berusia 32 tahun
Sharifah Zarina. Dia dikatakan tampil cantik dengan bertudung.Kosmo!Online hari ini bertanya, "Bilakah terbuka hati untuk mengenakan tudung?"
"Sekitar bulan Disember pada cuti sekolah, saya berjalan-jalan dengan keluarga." Dia menceritakan,
"Saya ada beli beberapa helai tudung. Selepas cuba memakai tudung, saya tidak berasa untuk membukanya. Alhamdulillah, sejak tiga bulan lepas saya mula memakai tudung sepenuhnya."
Ditanya lagi, apakah perasaannya selepas memakai tudung?
"Saya rasa lebih tenang. Sebelum ini, saya mengerjakan solat dan juga puasa, tetapi selepas memakai tudung, saya rasa lebih sempurna ibadah saya.
"Tetapi, saya masih belajar secara perlahan untuk memperbetulkan pemakaian baju saya. Saya kini mula membeli dan mengumpul baju-baju yang lebih menutup aurat."
Ada lagi yang lebih menarik, bila ditanya apakah perkembangan terbaharu yang ingin dikongsikan kepada peminat?
"Saya sekarang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya tertarik dengan jurusan itu kerana ia berkaitan kanak-kanak dan saya juga mempunyai anak. Idea sentiasa mencurah-curah setiap kali saya melakukan tugasan untuk jurusan tersebut. Bagaimanapun, saya hanya mengikuti kelas pengajian pada hari Sabtu sahaja."
Al-hamdulillah! Semoga dia menjadi ibu mithali kepada penyanyi-penyanyi masa kini dan isteri yang solehah. (IH)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
CT Rahmah 0132289576
Syed 0176778774 (JB)
HOI vipmaster blog ni bukan tempat untuk kau iklankan benda alah ni. Dahlah iklan kau tu berunsur lucah.
ReplyDelete