Bukan gambar sebenar..
Ipoh: Kehadiran ramai pelanggan lelaki warga asing di sebuah kedai
gunting rambut di Jalan Holy di sini, terjawab apabila premis itu
didapati menawarkan khidmat tukang gunting wanita seksi yang hanya
memakai seluar pendek dan baju dalam.Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Imigresen Perak melakukan serbuan di premis itu yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, di sini, semalam. Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, anggota Jabatan Imigresen Perak diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid melakukan pemeriksaan mengejut di tujuh premis yang menjadi lokasi warga asing Myanmar berkumpul di sini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, operasi tertumpu di empat kedai runcit dan tiga kedai makan popular kalangan warga Myanmar menjamu selera dan membeli pelbagai barangan harian.
Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi ‘koloni’ pendatang asing terutama dari Myanmar menjamu selera dan berkumpul terutama pada hari hujung minggu.
“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan warga asing terbabit sedang menggunting rambut dan menjamu selera di dalam premis yang disewa khas.
“Hasil serbuan dilakukan, seramai 23 lelaki warga Myanmar, tiga wanita Myanmar, satu wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh berjaya diberkas.
“Semua mereka berusia antara 16 dan54 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah memasuki negara ini,” katanya. (IH)
3 comments:
teruk betul
sedap betul
Yeay.........MCM HRM JDH
Post a Comment