Christina Lorian Reber , perempuan asal Marion , Negeri India , Amerika Syarikat berusia 45 tahun , ditangkap pada 2012 lalu selepas dia didakwa meragut buah zakar bekas kekasihnya hingga tercabut apabila bertengkar .
Perempuan sudah jadi ibu itu beralasan tindakannya sebagai pembelaan diri .Dia akan menghadapi sidang mahkamah pada 12 Mac akan datang . Jika terbukti bersalah maka dia akan dipenjara sepuluh tahun , seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail , Selasa (26 / 2) .Kekasihnya berusia 57 tahun kemudian mengalami luka pendarahan dan dirawat di Hospital Ball Memorial .Lelaki itu mengaku Reber menyerang dia ketika dia mabuk selepas hubungan percintaan mereka selama lapan bulan berakhir .
"Korban mengatakan buah zakarnya diramas sekuat tenaga lalu ditarik hingga copot , " kata laporan polis.
Menurut laporan polis , Reber mendatangi rumah bekas kekasihnya di Muncie dan berteriak menghardiknya sebelum mula menyerang .Minggu lalu , menurut indystar.com , peguam Reber mengajukan surat pembelaan bagi anak guamnya sebelum persidangan .Reber kini dalam keadaan bebas selepas membayar jaminan sebesar kira-kira RM39,000.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ilmu 'rentap tercabut buah zakar' ini, patut dijadikan ilmu pertahan diri bagi wanita-wanita, supaya mereka terselamat dari dirogol. Ajar sikit perogol supaya jangan lepas dari hukuman.
No comments:
Post a Comment