Sunday, March 16, 2014

5 Bintang Rock Gegar Iringi Ceramah Pakatan


HALAMAN HIBURAN
Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang semalam menampilkan lima penyanyi rock tahun 90-an sebagai daya tarikan utama pengunjung.

Bertindak sebagai pengacara majlis dan pembuka acara tidak lain dan tidak bukan adalah Blank dari kumpulan Gamma atau nama sebenarnya Rusli Mohd Shariff. Blank yang kini berusia 59 tahun dan merupakan seorang ketua kampung di Batu Arang, Selangor menghiburkan pendengar ceramah dengan lagu popular Gamma iaitu 'Kembang Terhalang'.

Persembahan malam tadi yang bermula sekitar jam 10.30 kemudian diteruskan oleh Ayie dari kumpulan Leon yang mendendangkan lagu popular Leon 'Saling Merindu'. Ayie mencuri perhatian kira-kira 500 pendengar ceramah apabila tampil berambut panjang dengan memakai jaket kulit, serta seluar jeans ketat dan singlet celoreng - saling tak tumpah seperti gayanya sewaktu zaman kegemilangan mereka pada tahun 90-an.

Sekitar jam 11.00 malam, pentas ceramah 'dipulangkan' semula kepada ahli politik. Exco Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim tampil berceramah bersama MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan ADUN Salor dari Kelantan, Datuk Husam Musa. Husam dalam ceramahnya menggesa agar pengundi Kajang mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  sebagai 'ubat' kepada 'ketidakadilan' dalam keputusan Liwat II.

"Kalau anda mengundi Kak Wan (nama mesra Wan Aziah), itu kan satu penawar, satu ubat untuk kita semua," katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan bersalah meliwat bekas pembantunya dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun jika rayuannya gagal kelak. Keputusan itu menghalang beliau daripada bertanding di Kajang bagi memberi laluan untuk beliau menjadi menteri besar Selangor.

Turut bercakap pada ceramah malam tadi adalah ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng MP Batu serta bekas MP, Datuk Tamrin Ghafar Baba. Ceramah kemudian ditutup dengan kemunculan tiga lagi penyanyi rock 90-an - Isa dari kumpulan Handy Black, Yazid dari kumpulan Sejati, dan Isa dari kumpulan Graviti.

Ceramah pada malam tadi diadakan pada tapak sama dengan Karnival Selangorku anjuran kerajaan negeri Selangor. Berbagai gerai jualan dan acara  dibuka di dalam stadium bermula pada 7 Mac lalu sehingga 22 Mac ini. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sedikit tambahan panduan..

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam
Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970
Keputusan: Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan bahawa:
Satu:.
Nyanyian dan Muzik tanpa atau dengan alat muzik adalah harus berpandukan kepada dalil-dalil berikut:
Keterangan/Hujah: 
Dalil dari al-Quran

a) Firman Allah di dalam Surah al-Jumaah ayat 11:
  • Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki
Istinbat dari ayat di atas:
Sahabat-sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, meninggalkan Rasulullah saw dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyaniyian yang menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan al-lahwu itu. Rasulullah saw juga tidak menempelak perbuatan itu. Ertinya: Nyanyian yang menggembirakan seperti itu adalah harus

b) Firman Allah di dalam Surah al-Anaam ayat 32
  • Maksudnya: Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan( yang sia-sia) dan hiburan yang melalaikan.
Istinbat dari ayat di atas:
Allah SWT menggambarkan penghidupan dunia ini seluruhnya ibarat permainan dan sukaria (al-laywu) kedua-duanya harus.

c) Firman Allah di dalam Surah al-Anbia" ayat 16-17
  • Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu ntuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, kami tidak melakukannya (17)
Istinbat dari ayat di atas:
Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua perkara: i-mainan dan ii- kegembiraan (lahwu). Kefua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami dari gaya ayat).

Dalil dari as-Sunnah
a) Daripada Aisyah r.a katanya:
  • Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Istinbat dari hadis:
Hadis soheh ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian bersama Aisyah. Abu Bakar yang berkecendurangan melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah kepanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.

b) Daripada Khalid bin Zakwan katanya: Ar-Rabi" binti Ma"waz berkata:
  •  Telah dating mengunjungiku nabi saw bersempenan hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk diatas hamparanku dihadapanku, sepertiman kamu berada dihadapnku sekarang. Ketika itu sekumpulan perempuan sedang mengadakan persembahan nyanyian dengan iringan duff (sejenis alat muzik). Menggunakan senikata memuji pejuang-pejuang yang terqurban dikalangan bapa-bapa kami diperistiwa perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut meneruskan nyanyian dengan menggunakan lirik: bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang alan berlaku esok hari. Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah saw menyapa: tinggalkan lirik itu dan teruskan nyanyian dengan lirik yang telah kamu nyanyikan sebelumnya. ( Hadis riwayat al-Bukhari dan A
Istinbat dari hadis:
Rasulullah saw menghadiri majlis perkahwinan yang serikan dengan nyanyian wanita-wanita muda menggunakan alat muzik. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. Yang dilarang adalah lirik lagu yang jelas bertentangan dengan hokum syarak. Tidak ada insan( (walaupun ia Rasulullah) yang mengetahui apa yang akan berlaku besok. Nabi melarang lirik dan tidak melarang nyanyian.
Dari keterangan al-Quran dan as-Sunnah di atas menunjukkan bahawa nyanyian atau kegembiraan adalah harus. Namun demikian rasulullah saw menegur lirik yang didengarinya dan melarang penyanyi menggunakannya.

Dua:
Di zaman ini nyanyian dan hiburan, ada yang telah bercampur baur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak, sama ada persembahannya atau seni katanya. Dari situasi itu, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian:

i. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
ii. Berpakaian sopan serta menutup aurat
iii. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan
iv. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
v. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat.

Sekian. (IH)

3 comments:

mohd azrul said...

syukur kpd allah krn akhirnya hujan sudah turun semalam.

Anonymous said...

Kah kah kah kah kah kah Zizah joget tak kah kah kah Husam? Husam joget sama kah kah kah kah

Anonymous said...

Aku nampak sekali persembahan mereka, aku terkejut kenapa berpakaian begini, aku tak faham. Sekarang ini rasanya macam dah faham - mungkin juga mereka ini dari golongan syi'ah - sesat lagi menyesatkan.Syi'ah tak tergolong sebagai Islam, mereka juga tak digolong dalam ahli Sunnah wal jamaah dan mereka juga tak pernah murtad sebab mereka tidak pernah sekalipun menjadi orang Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails