“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media, hari ini. Rodzali berkata, pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.
Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang. Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.(IH/PelbagaiSumber)
cerita 2 hari lepas baru nak update..buang masa...
ReplyDelete