Monday, March 24, 2014

Adun Kajang Akan Jadi MB S'ngor Sekarang?

Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan keluar selepas melawat stesen mengundi di Kajang, luar Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.  

Berapa lagi Langkah Kajang perlu rakyat hadapi?


Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor sekarang?

Soalan itu sepertinya satu tamparan kepada apa yang berlaku malam tadi selepas Dr Wan Azizah diisytiharkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang. Soalan itu menjadi semakin relevan dan sering ditanya media kepada pemimpin PKR kerana itulah tujuan asal PRK itu diadakan.

Menunggu jawapan rasmi parti, tiada yang dapat menjawabnya pada saat ini meskipun spekulasi mendakwa Dr Wan Azizah akan menggantikan tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengkritik di luar Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kekaburan mengenai apa yang akan berlaku memperlihatkan masalah kepimpinan PR di negeri Selangor. Sementara yang lain mendakwa, ia strategi yang betul bagi menghadapi ketidaktentuan sistem demokrasi di Malaysia. – 24 Mac, 2014. (TMI)

No comments:

Post a Comment