▼
Monday, March 10, 2014
Anwar Anak Jantan -Nik Aziz
PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'anak jantan' yang tidak gentar menghadapi sebarang kemungkinan.
Ketua Umum PKR itu, ujar Tuan Guru Nik Aziz menghubunginya pada jam 1 tengahari, 8 Mac lalu bagi memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya.
“Dari nada Datuk Seri Anwar semalam langsung tidak tergugat, menggambarkan benar-benar suara ‘anak jantan’ yang tidak gentar menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, semalam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyarankan PAS Pusat menganjurkan solat hajat seberapa segera di Kuala Lumpur selepas solat Isyak berjemaah bagi memohon pertolongan Allah terhadap ujian yang dihadapi Anwar.
“Orang Islam solat sunat hajat berjemaah memohon pertolongan dan petunjuk Allah, bukan Islam hadir untuk memberi sokongan,” ujarnya.
Beliau tidak menafikan musibah yang menimpa Anwar mampu membuka ruang kemenangan besar kepada calon PKR yang bertanding dalam PRK Dun Kajang kerana undi protes rakyat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan keluarga Anwar agar bersabar menghadapi ujian besar membabitkan maruah keluarga dan imej Islam.
Beliau yakin dengan insiden itu semangat benci kepada kezaliman BN bertambah hebat berbanding biasa. (HD)
Kenyataan TGNA mengenai DSAI adalah betul tapi kurang tepat. Yg lebih tepatnya DSAI adalah pejuang yg cekal dgn prinsip sebenar.
ReplyDeleteKalau macam tu sepupu umno..
ReplyDeleteAnak jantan apa benda meliwat budak melayu je si aljuburi bi, dulu lowat drebar bini dia pas itu liwat Saiful ini kenyataan memang dia buat perkara meliwat. Haramjadah ni buat malu je orang melayu.
ReplyDelete