Friday, March 07, 2014

Anwar Bersalah Liwat Pembantu. Tak Boleh Jadi Calon Kajang..



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes liwat II. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes liwat II. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.














Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Putrajaya mengenepikan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat. Dengan keputusan itu, Anwar tidak boleh dipilih sebagai calon untuk PKR dalam Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac.

Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".

Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal. "Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.

Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"

Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya. Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning. Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA.

"Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Judy Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat.
"Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu.

Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja.
"Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)."
"Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu.
"Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa," katanya. – 7 Mac, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails