Pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim telah mengakui pilot MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya .
" Saya tidak menafikan kalau dia ( Zaharie ) mempunyai hubungan dengan salah satu menantu saya , dan saya telah bertemu dengannya beberapa kali . Bahkan , dia adalah seorang teman dekat dari R. Sivarasa ( ahli dewan tertinggi PKR dan ahli parlimen Subang ) , seperti kita katakan sebelumnya , " kata Anwar kepada wartawan di lobi Parlimen , seperti yang dilaporkan oleh laman the Star.com , Selasa ( 18 / 3 ) .
" Namun untuk mempolitisir hal ini , itu tidak benar . Kita harus menghormati hak - hak keluarga dan berdoa bagi mereka daripada menuntut dia sebelum siasatan selesai , " ujar dia .
Anwar lebih lanjut mengakui Zaharie adalah penyokong setia kumpulan pembangkang dan dia telah bertemu dengan lelaki 53 tahun itu pada beberapa kesempatan di acara kepartian .
" Saya bukan seseorang yang menyembunyikan hubungan dengan orang lain . Saya telah bertemu dengan dia sekali atau dua kali , tetapi saya tidak ingat berapa kali , " ucap lelaki 66 tahun itu .
Anwar kemudian mengecam Narablog pro - Umno sebab cuba menodai reputasi Zaharie walaupun banyak orang menggambarkan dia sebagai seorang profesional , seorang lelaki berorientasikan keluarga , dan seseorang percaya dalam memperjuangkan keadilan .
Ketika ditanya untuk komen berkaitan spekulasi menyebut Zaharie mungkin telah komited melakukan ' bunuh diri ' kerana hukuman terbaru Anwar dijatuhkan Mahkamah Rayuan , pemimpin pembangkang itu berkata kenyataan tersebut tidak logik kerana ada banyak warga Malaysia yang lain juga tidak senang dengan hukuman berkaitan masalah sodomi didakwa pada dirinya .
" Saya percaya 90 peratus dari pemandu teksi menyokong saya dan merasa tidak puas dengan keputusan itu . Tapi mereka tidak merampas teksi mereka ke Kajang , " ucap Anwar .
Dia menjelaskan rasa kekecewaan atas hukuman berkaitan sodomi juga telah dicermati oleh media asing yang mungkin telah mengambil kesimpulan mereka sendiri .Sebelumnya , Anwar berkata , yang dipetik akhbar South China Morning Post ,
' Saya tidak ingat nama itu ( Zaharie ) , tapi ketika foto - foto dipaparkan , saya ingat pernah melihat dia di mesyuarat parti ' .
Dia juga mengatakan mereka tidak mempunyai hubungan peribadi , tapi Zaharie adalah pengikut akaun Twitter Anwar Ibrahim .Dua hari lalu sebuah laporan dari akhbar Inggeris the Daily Mail telah menyambung pilot MH370 Kapten Zaharie dengan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) , sebuah parti pembangkang di Malaysia yang merupakan hasil gabungan daripada Parti Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) .
1 comment:
Sepatutnya DSA patut bagitau memang ramai yg cerdik2 join PR. Atau nak bagi sedap dengar...' yg pandai berfikir'
Post a Comment