Cinta ranjang ‘monyet’
KL: Tanpa segan silu mereka memuat naik gambar termasuk berseragam sekolah sebagai ‘pembuka jalan’ untuk hubungan ke peringkat seterusnya, ada sekadar bersembang lucah di Internet dan ada yang berpanjangan hingga ke ranjang.
Itu antara aktiviti kegemaran remaja masa kini apabila menghadap komputer atau sewaktu mendampingi tablet serta telefon pintar masing-masing dengan menggunakan medium Facebook (FB) atau aplikasi WhatsApp, WeChat, Instagram dan Twitter.
Amat mengejutkan apabila pemantauan Harian Metro menerusi FB mendapati satu ‘group’ yang diwujudkan untuk mempromosi hubungan ‘fake relay’ ini sejak setahun lalu mendapat penyertaan lebih 15,000 remaja, majoritinya pelajar sekolah.
Wartawan yang melakukan penyamaran dan menyertai ‘group’ berkenaan berjaya menjalin hubungan dengan remaja berusia 17 tahun dan pertemuan yang diadakan selepas itu membuktikan dia tidak berbohong mengenai usianya. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awas para remaja dan pelajar terlibat dalam kegiatan FB 'Fake Relay' atau 'Cinta Ranjang Monyet', suatu kegiatan yang tidak sihat. Satu penyakit sosial baru yang perlu ditangani segera. Perlu diciptakan bagaimana pekej penyelesaiannya, supaya tidak menjadi suatu malapetaka baru menyerang remaja negara ini..
No comments:
Post a Comment