Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru semua pihak tidak membuat provokasi bagi memastikan kelancaran proses pengundian bagi pilihan raya kecil Kajang hari ini.
Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof juga sekali gus menegur tindakan penyokong yang dikesan membawa kangkung, dipercayai bagi menyindir kenyataan perdana menteri berhubung kenaikan harga barang sebelum ini.
“Sayur kangkung patut dibawa tempat berniaga, bukan sini. Pemimpin parti patut nasihat mereka agar jangan buat begitu.
“Kalau nak beri sokongan terakhir pada calon, buat cara berhemah dan sopan santun. Ini bawa kangkung sampai dah layu. Bazir kan?” soal Aziz.
Sementara iru, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi perhatian kepada ugutan fizikal terhadap calon; bukan buah kelapa atau kangkung yang dibawa petugas.
Nurul Izzah berkata SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.
“Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.
“Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada Selangorkini.
“Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Aziz berkata penyokong dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian. (IH)
Orang ramai maka peniaga kangkung nak cuba jual dengan harga naik sikit nak beli ayam RM1 saekor.
ReplyDeleteJika nak perli penyokong patut bawa dakwat kekal tak kekal dan tanya SPR siapa bekal.