JOM KREATIF
TINDAKAN dibuat seorang lelaki di Vietnam ini mungkin akan membuat anda terkesima . Ini lantaran dia rela membantu sekumpulan murid sekolah rendah dengan
meletakkan mereka satu per satu secara bergantian di dalam sebuah beg
plastik agar dapat menyeberangi sungai sehingga pakaian anak - anak itu
tidak basah .
Ketika
anak - anak di Desa Sam Lang , Wilayah Dien Bien , berhampiran Ibu Kota
Hanoi , di utara Vietnam , tidak boleh bersekolah lagi akibat banjir ,
seorang bapa mencari penyelesaian yang tidak lazim , seperti yang
dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail , Khamis 20 Mac semalam .
Apabila jambatan gantung berdekatan rosak , dia kemudian meletakkan
anak - anak itu ke dalam beg plastik satu per satu agar mereka tetap
kering , dan membawa mereka melintasi sungai yang meluap akibat banjir . Pengabdiannya yang luar biasa untuk pendidikan anak - anak ini telah difilemkan oleh seorang guru bernama Tong Thi Minh .
Dalam klip itu , lelaki tidak disebutkan identitinya ini dapat dilihat
dengan hati - hati membungkus seorang anak ke dalam sebuah beg plastik
besar sebelum dia turun ke sungai hingga sedalam lehernya untuk
menyeberangkan anak itu ke tebing seberang. Ketika sampai di tebing sungai satunya , anak dia bawa dengan beg plastik itu kemudian keluar masih dalam keadaan kering . Selepas itu , dia kembali berenang mengharungi sungai untuk mengambil anak lain .
Dalam klip difilemkan tahun lalu itu , guru perempuan dan para
pelajar kelihatan menunggu giliran mereka untuk melintasi Sungai Nam Po . Akhbar Vietnam , Tuoi Tre News menulis , seorang lelaki tempatan
dilihat memegang beg dengan tangan satunya dan berenang menyeberangi
sungai dengan tangan yang lain walaupun arus sangat kuat .
Minh berkata kepada akhbar itu , ' Ini perkara biasa . Itu adalah satu - satunya cara untuk menyeberangi sungai kerana tidak
ada jambatan yang boleh berdiri saat sungai meluap akibat banjir '.
" Saya telah diberitahu hal ini sejak September tahun lalu . Pada
awalnya , saya tidak tahu bagaimana cara untuk mengharungi sungai jadi
saya hanya mengikuti apa yang dikatakan warga desa selanjutnya," ucap
dia .Menurut Minh banyak ibu bapa di kampung itu juga membawa anak - anak mereka ke sekolah dengan cara seperti itu . Ini dilakukan untuk menjaga agar seragam mereka tetap kering saat menyeberangi sungai ketika kawasan mereka dilanda banjir . (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
No comments:
Post a Comment