Saturday, March 15, 2014

Sukan Bogel, Jangan Biar Luncai Terjun Dg Labunya.


Pandelela (kanan) dan Mun Yee meraih gangsa pada aksi Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing, Jumaat.
SUKAN

Terjun: Pandelela-Mun Yee Raih Gangsa Di Beijing
PETALING JAYA: Pandelela Rinong - Leong Mun Yee mempamerkan aksi terbaik pada terjunan terakhir sekaligus  meraih gangsa dalam acara pembukaan Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing, Jumaat.

Pasangan Malaysia ini sebelum itu berada di kedudukan keempat sebelum melakukan terjunan terakhir. Walaupun kelihatan sedikit terlewat mengejar kedudukan, mereka berjaya mencatat 71.04 mata sekaligus mengumpul markah keseluruhan, 303.96 dalam acara synchro platform 10 meter.

Ini merupakan kejayaan pertama mereka pada tahun ini, malah menebus kekecewaan berada di tempat keempat pada aksi sama di Beijing tahun lalu. Peluang untuk mendapatkan pingat perak terbuka sekiranya mereka mencatat markah 70.00 ke atas pada terjunan keempat itu.

Pandelela - Mun Yee juga meraih pingat gangsa ketika aksi di Barcelona tahun lalu dan berada di tempat kedua keseluruhan siri ini pada tahun lepas. Kejohanan enam pusingan ini disertai atlet yang berada dalam kelompok lapan terbaik acara individu dan disiplin.

Pandelela bakal beraksi dalam acara 10m platform individu akhir pada hari Ahad ini. Manakala pusingan kedua kejohanan ini akan berlangsung di Dubai minggu depan.


Komen: Sampai bila agaknya Malaysia akan mampu menguruskan pakain ahli-ahli sukan wanita sesuai dengan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Pakaian negara, tak kira apa bangsa dan agama skali pun. Pakaian bermoral dan berakhlak. Jangan harap selagi BN masih memerintah.

Terjun! Jangan biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails