BN mengekalkan kerusi DUN Balingian di Sarawak dengan majoriti besar. Calon BN Yussibnosh Balo memperolehi 8,163 undi manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang mendapat 1,300 undi.
Yussibnosh mendapat 84 peratus daripada jumlah undi hari ini. Daripada 13,366 jumlah pengundi di Balingian, 72.33 peratus keluar mengundi.
Ketika dihubungi, ketua PKR Sarawak Baru Bain berkata walaupun kalah dalam Balingian, PKR boleh berbangga dapat menembusi kerusi tersebut.
"Kami telah mencapai tiga perkara. Pertama, kami menambah jumlah undi. Kedua, kita tidak hilang deposit walaupun BN mendakwa sebaliknya.
"Dan akhirnya, dengan kami bertanding di Balingian, BN terpaksa mengumumkan banyak projek untuk kawasan pilihan raya itu. Kami berharap mereka akan melaksanakannya.
"Semua ini akan merangsang usaha kami dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang, " katanya.
Balingian dianggap kubu kuat BN. Penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendapat 6,210 undi dalam pilihan raya negeri 2011, atau 75 peratus undi. Pencabar terdekat Taib ialah calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin, manakala calon PKR Suriati Abdullah hanya mendapat 871 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Taib melepaskan kerusi itu untuk dilantik sebagai yang dipertua negeri. (MK)

2 comments:
Apa kabar orang Serawak?
Bila terhimpit hidup salahkan saja diri sendiri.
dipilih parti lanun dan perompak maka jangan kesal harta negeri 9 untuk mereka 1 untuk kamu semua.He he he.
Orang Sarawak habis cerdik maka semua bodoh.
Anon. 9.45: Hak Masing2 dan tak perlu kata orang lain bodoh jika anda yang BODOH
Post a Comment