Saturday, March 29, 2014

Brunei: Bacaan Al-Asma’u Al-Husna Mengisi Program Se Negara

DKS3-KEUGAMAAN 270314
KETUA Unit Sekolah Ugama Bahagian Ko Kurikulum, JPI, Awang Shahrin bin Haji Abd Razak
hadir bagi memantau program yang dijalankan. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

LUMUT, Brunnei, Khamis, 27 Mac: Sekolah Ugama Lumut 1 dipilih sebagai pusat tumpuan Daerah Belait bagi Program Keagamaan Senegara bulan Mac 2014.

Program bulanan anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) Kementerian Hal Ehwal Ugama diadakan serentak bagi sekolah-sekolah ugama di keempat-empat daerah dengan pengisian berbeza setiap bulan. Pengisian kali ini merangkumi bacaan Al-Asma'u Al-Husna dan bacaan ayat-ayat lazim termasuk ibadat, amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat, di samping memberi cahaya ke dalam hati mereka yang membacanya. Pengisian program juga diisikan dengan membaca doa peliharakan sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Hadir membuat pemantauan perlaksanaan program, Ketua Unit Sekolah Ugama Bahagian Ko Kurikulum, JPI, Awang Shahrin bin Haji Abd. Razak dan pegawai-pegawai JPI Cawangan Daerah Belait.

Seramai 228 murid meliputi 153 murid bersekolah sesi awal sebanyak enam buah kelas terdiri daripada satu kelas Pra, dua kelas Darjah 1 manakala Darjah 4, 5 dan 6 masing-masing satu kelas dan sesi akhir seramai 75 murid melibatkan Darjah 2 dan 3 masing-masing dua kelas.

Tujuan program adalah untuk menanam dan memupuk kefahaman tentang ugama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam diri setiap orang kanak-kanak dan juga masyarakat umum.
DKS2-KEUGAMAAN 270314ab
MURID-murid Sekolah Ugama Lumut 1 membaca Al-Asma’u Al-Husna dan bacaan ayat-ayat lazim. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Matlamat program membaca Al-Asma'u Al-Husna dan ayat-ayat lazim bagi memohon hajat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat bertepatan dengan misi JPI bagi melahirkan masyarakat yang berpendidikan ugama dan beramal menurut Al-Qur'an.

Upacara program diteruskan dengan peraduan tulisan jawi kali ke-37 bagi murid-murid sekolah ugama, sekolah-sekolah arab dan guru-guru ugama dibawah JPI yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat murid dalam bidang tulisan jawi dan memupuk minat murid terhadap seni tulisan jawi di kalangan rakyat negara ini.

Peraduan juga untuk memperkasa dan mengekalkan tulisan jawi sebagai warisan negara serta sebagai pendedahan awal bagi murid-murid menyertai peraduan di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.

Sedikit Mengenai fadilat dan kelebihan Asmaul Husna – 99 Nama Allah
Asmaul-Husna-1024x791
Dalam agama Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.

Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah menulis “Allah adalah …” kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.

Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan Hadis tentang Asmaul Husna:
  • “Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
  • Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)
  • Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari
 Wallahu 'aklam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails