Sunday, March 09, 2014

Dah Jumpa.. 2 Tumpahan Minyak Dipercayai MH370

Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan pada awal pagi Sabtu.
KL: Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.

Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.
Kenyatan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan sebagai bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi. Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi. (mStar Online)

1 comment:

  1. Marilah kita sama-sama berdoa yang terbaik bt mereka semua Pray for MH370..amin

    ReplyDelete