Saturday, March 01, 2014

Dia Setubuh Dengan Kambing, Apa Hukumnya?


Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.

Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman. Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini.

Alasan Baranda? Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita. Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu.

Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara. Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan.

Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian. Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Manusia lakukan seks dengan binatang, apa hukum dalam Islam?

Apa hukum bersetubuh dengan binatang dalam Islam?  

Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang, iaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat bercakap. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terbalik ke belakang kerana ia turun pada derjat yang rendah. Maka ia akan mendapati dirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan anjing, keledai, kera, atau apa pun dari semua binatang sesuai dengan tabiat dan keinginannya. 

Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu. Sungguh Nabi SAW bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallaahu ‘anhu,

“ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ‏‎ ‎الْبَهَائِمِ …”


  • “Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….” Hadits ini masih panjang. [1]
 Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

“ وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ‏‎ ‎الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ‏‎ ‎الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ‏‎ ‎الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ‏‎ ‎التَّلَوُّطِ”
  •  “Tidak diragukan lagi bahawa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.“ [2]
Tidak diragukan lagi, orang yang melakukan perbuatan ini tidaklah menjauh dari semua perbuatan keji. Ia berada dalam keadaan lebih teruk...  Kerana ia tidak akan setubuhi binatang kecuali tidak sanggup setubuhi binatang, berzina, gay, atau ia dalam keadaan yang sedang mengigau.. sehingga tidaklah ia menemui satu perbuatan keji, kecuali melakukannya.

Menyetubuhi Binatang

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

لِلْفُقَهَاءِ فِيْهِ ثَلاثَةُ‏‎ ‎أَقْوَالٍ :
* أَحَدُهَا : يُؤَدَّبُ وَلا حَدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ.
* وَالثَّانِيْ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎الزَّانِيْ.
* وَالثَّالِثُ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎اللُوْطِيِّ.

Di kalangan ahli fiqih ada tiga pendapat:
  • Pertama, ia dididik dan tidak dihukum. 
  • Kedua, hukumannya sama seperti berzina. 
  • Ketiga, hukumannya sama seperti gay.
وَالَّذِيْنَ قَالُوْا بِْقَتْلِهِ‏‎ ‎احْتَجُّوْا بِحَدِيْثِ ابْنِ‏‎ ‎عَبَّاسٍ الَّذِيْ رَوَاهُ أَبُوْ‏‎ ‎دَاوُدَ عَنِ النِّبِيِّ : » مَنْ‏‎ ‎أَتَى بَهِيمَةً فَاقْتُلُوهُ‏‎ ‎وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ «، قَالُوْا‎ ‎لأَنَّهُ وَطْءٌ لا يُبَاحُ بِحَالٍ‏‎ ‎فَكَانَ فِيْهِ الْقَتْلُ كَحَدِّ‏‎ ‎الْلُوْطِيِّ، وَمَنْ لَمْ يَرُدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ حَدًّا قَالُوْا : “لَمْ‏‎ ‎يَصِحْ فِيْهِ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ‏‎ ‎صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ‏‎ ‎يَحِلَّ لَنَا مُخَالَفَتُهُ ”
  • “Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas RA yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi SAW
” مَنْ أَتَى بَهِيمَةً‏‎ ‎فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ“‏

  • “Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“ [3]
Mereka berpendapat kerana perbuatan ini tidak dibolehkan dalam keadaan bagaimanapun maka dia dibunuh sebagaimana hukuman bagi pelaku gay. 

Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,

” لَمْ يَصِحَّ الْحَدِيْثُ،‏‎ ‎وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ‏‎ ‎وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا
مُخَالَفَتُهُ “


  • “Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.” [4]
Al-Imam Al-Auza’i Rahimahullah berpendapat ada hukuman bagi pelakunya dan yang selainnya berpendapat agar dita’zir. [5]. Al-Imam Asy-Syaukani Rahimahullah memberikan catatan terhadap hadits Ibnu Abbas RA, beliau berkata, 
  • “Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatang itu dibunuh.  Alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas RA
” مَا شَأْنُ الْبَهِيمَةِ ؟ ”
  • “Bagaimana dengan binatangnya?”
Beliau RA menjawab:

مَا أَرَاهُ قَالَ ذَلِكَ‏‎ ‎إِلاَّ أَنَّهُ يُكْرَهُ أَنْ‏‎ ‎يُؤْكَلَ لَحْمُهَا وَقَدْ‏‎ ‎عُمِلَ بِهَا ذَلِكَ الْعَمَلُ “

“Aku tidak tahu kalau Rasulullah SAW berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan kerana haiwan tersebut telah disetubuhi.”

Adapun alasan pendapat untuk haiwan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu … -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahawa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek ...  
  • sebagaimana diriwayatkan bahawa ada seorang penggembala yang menyetubuhi haiwan, lalu haiwan itu melahirkan keturunan yang jelek.” [6] 
Selesai ucapan Ibnul Qayyim.

Yang nampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah bahawasanya beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh.
Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm.
128.

SUMBER : Buku SEKS BEBAS UNDERCOVER (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr. Ahmad Nida, Penerjemah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit: Toobagus Publishing, Bandung. Lihat http://kaahil.wordpress.com/2009/07/22/hukum-zoophilia-menyetubuhi-binatang/
____________________
[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”
[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.
[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.
[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.
[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.

(IH)

Lihat sebelum ini.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails