Saturday, March 08, 2014

Doa Selamat Penumpang MAS Dari PR


SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, di sini turut merakamkan doa keselamatan buat seluruh penumpang dalam penerbangan Malaysia Airlines MH370 ke Beijing yang terputus hubungan komunikasi dengan pusat kawalan.

"Kita merakam cemas dan rasa prihatin kita. Maklumat yang diterima belum muktamad.

"Tetapi kita mengharapkan selamat semua dan kesabaran buat keluarga," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam.
  
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (HD)

No comments:

Post a Comment