Organisasi IM dilabel pengganas oleh Saudi: Gambar kecil: Raja Abdullah
RIYADH - ARAB SAUDI . Arab Saudi menyenaraikan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai organisasi pengganas bersama dua lagi sayap al-Qaeda di Syria.
Stesen televisyen Saudi melaporkan, pertubuhan terbabit bersama sekutu al-Qaeda di Syria, Jabhat al- Nusra, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) serta pemberontak Syiah Huthi di utara Yaman dilihat memberi ancaman kepada negara antarabangsa.
“Mahkamah turut memerintahkan mana-mana warganegaranya yang berjuang di luar negara untuk kembali dalam tempoh 15 hari atau bakal dipenjarakan. Hukuman sama bakal dihadapi kepada mana-mana individu yang memberi ucapan awam atau menghasilkan karya mengenai pertubuhan itu turut dikenakan hukuman sama,” menurut laporan itu.
Bulan lalu, Raja Abdullah menetapkan, hukuman penjara sehingga 20 tahun bakal dikenakan kepada mana-mana individu yang terlibat dengan kumpulan pengganas terbabit.
Pada Disember lalu pula, Mesir menyenaraikan IM sebagai pertubuhan pengganas bagi melenyapkan pengaruh Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi, dipetik dari laporan Al Ahram. (SH)
1 comment:
yahoo... hoo rayyy.... muslim brotherhood disahkan pengganas oleh penaja pengganas.
dulu arab belanja muslim brotherhood Syria utk cetuskan huru hara. upah sniper utk tembak polis dan pendemo. sama spt di mesir.
dah hampir 3 thn dan berbilion habis, assad masih tak tumbang. yg nak bankrap adalah penaja.
skrg nak larikan diri dan kena jimat, cap isil dan al nusra sbg pengganas. ugut rakyat kalau pergi perang ke Syria akan dipenjara hingga 20thn. dulu beriya2 hantar paksa ribuan banduan pergi perang ke Syria. anak isteri dijadikan tebusan.
kini sudah berak makan balik...
Post a Comment