Tuesday, March 11, 2014

Inikah Briged Jihad China Di Balik Misteri MH370 Yang Hilang?


Please don't put terrorist label on Uyghur people. Image from Flickr user @Todenhoff under CC: AT-SA

(MEREKA adalah) sekumpulan orang dari Xinjiang , wilayah bergolak di sebelah barat China , yang melakukan serangan mematikan (serangan syahid) pada hujung minggu lalu di sebuah stesen kereta , ingin meninggalkan Negeri Tirai Bambu itu dengan perang suci (jihad) . Ini seperti dilaporkan media kerajaan hari itu. 
China: Pelaku serangan di stasiun ingin berjihad di luar negeri
Polis China menyiasat lokasi serangan pisau di stesen kereta Kunming . © BBC
 
Kerajaan China berkata militan dari Xinjiang , rumah bagi kaum minoriti muslim Uighur, melancarkan serangan pada Sabtu minggu lalu di Bandar Kunming , sebelah barat daya China , yang menyebabkan sekurang - kurangnya 29 orang terbunuh dan mencederakan kira - kira 140 orang lain , seperti yang dilaporkan oleh laman asiaone.com , Rabu ( 5 / 3 ) . Polis menembak mati empat pelaku penyerangan dan menangkap empat orang lain . 

Qin Guangrong , ketua Parti Komunis untuk Wilayah Yunnan , di mana Bandar Kunming terletak , mengatakan bahawa para penyerang berjumlah lapan orang , awalnya ingin mengambil bahagian dalam jihad , seperti dikutip media kerajaan , termasuk Xinhua

"mereka tidak boleh hilang dari Yunnan , sehingga mereka melihat di tempat lain , dan pergi ke Provinsi Guangdong , tapi mereka juga tidak boleh pergi , sehingga mereka kembali ke Yunnan , " kata Qin . 

Qin menjelaskan para pelaku kemudian pergi ke Wilayah Honghe , Yunnan , yang bersempadan dengan Vietnam, di mana mereka mempunyai rancangan , jika mereka tidak dapat meninggalkan China dari sana , untuk melaksanakan jihad di Honghe atau di stesen kereta atau terminal bas di Kunming . Qin mengatakan bahawa beberapa orang yang telah berhubungan dengan lapan pelaku juga ditahan , walaupun dia tidak memberikan butiran lebih lanjut .Ada beberapa kes di masa lalu , di mana warga Uighur telah muncul di Asia Tenggara untuk mencari suaka . 

Pada 2009 , Kemboja mengusir kira - kira 20 warga Uighur ke China . Kemboja dengan tajam ditegur oleh kumpulan hak asasi manusia sebab mengusir mereka . Banyak warga Uighur mengatakan mereka tidak bahagia dengan sekatan China pada budaya dan agama mereka , walaupun kerajaan mengatakan mereka diberi kebebasan yang luas . Beijing berkata pihaknya menghadapi ancaman nyata dari militan Islamis di Xinjiang yang mahukan sebuah negara merdeka disebut sebagai Turkestan Timur .  

Pihak berkuasa berkata banyak dari antara mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan - kumpulan asing , walaupun kumpulan hak asasi dan beberapa pakar asing mengatakan hanya ada sedikit bukti untuk menyokong hal ini . Qin mengatakan bahawa pelajaran mesti diambil dari insiden serangan , yang mengambil tempat beratus - ratus kilometer dari Xinjiang , di sebuah daerah subtropika yang lebih dikenali dengan keindahan pemandangannya dan keharmonian hubungan dengan etnik minoriti . 

"Kesedaran (kita) akan aksi terorisme belum cukup , dan kami tidak membayangkan sebelumnya bahawa keganasan boleh berlaku di sini , " ujar dia.

Apakah ini disebut Briged Jihad China, mengaku bertanggungjawab di balik misteri MH370 yang hilang?  (IH)
Ini Jihad Islam Briged Al-Quds , sayap militer gerakan Jihad Islam Palestin.. Bukan Briged Jihad di China..
 Sila lihat..

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

  • E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

3 comments:

Anonymous said...

Salam, banyak gambaran dari artikel ini yang nyata tersilap.

Pertama, gerakan kemerdekaan Uygur tidak ada kena mengena dengan puak Islamis. Ia juga tidak timbul dari sikap militan, fundamentalis atau sebagainya.

Gambaran seperti itu adalah merupakan satu dakyah media barat dan juga polisi rasmi China.

Media barat melakukannya untuk merosakkan imej Islam sementara China melakukannya untuk menguburkan keshahihan tuntutan kemerdekaan kaum Uygur.

Harap maklum bahawa Xinjiang atau Turkestan Timur bukanlah tanah China tetapi sebaliknya dijajah oleh China. Dalam hal ini, Xinjiang samalah seperti Tibet, malahan samalah seperti Palestin, Chechenya, Pattani dan Mindanao.

Ini adalah fakta sejarah yang tidak boleh diubah atau dikuburkan. Dengan demikian, kaum Uygur adalah kaum yang terjajah yang berusaha untuk membebaskan tanahair mereka.

Malahan, negara Turkestan Timur yang merdeka telah beberapa kali wujud sebelum dijajah oleh China.

Maka itu, tidak benar dakwaan artikel ini bahawa golongan Islamis cuba menegakkan negara Turkestan Timur.

Ini adalah gambaran yang memburuk-burukkan Islam kerana seolah-olah Islamlah yang mendorong mereka untuk mengangkat senjata melawan China.

Hakikatnya ialah mereka terdorong oleh naluri manusiawi yang inginkan kebebasan bagi bangsa dan negara yang terjajah.

Di dalam hal ini, tiada berbezaan antara kaum Uygur dengan Timor Leste yang inginkan kemerdekaan dari Indonesia; Indonesia yang inginkan kebebasan dari Belanda dan Tanah Melayu yang inginkan kebebasan dari Inggeris.

Maka berhati-hatilah ita apabila menelan bulat-bulat berita yang disampaikan.

Kesan dari mengaitkan Islam sebagai punca perjuangan puak Uygur ialah memburukkan nama Islam apabila mereka melakukan tindakan ganas seperti membunuh orang yang tidak berdosa.

Adakah Islam membenarkan pembunuhan orang yang tidak berdosa ? Tentu sekali tidak. Islam jelas menyatakan bahawa non-combatants atau golongan yang tidak menyertai perang seperti kanak-kanak, wanita, orang tua, ahli agamawan, orang cacat dan sebagainya tidak boleh dibunuh, diganggu atau dicederakan.

Hakikatnya ialah jihad tidak boleh dipanggil jihad jika ia melanggar undang-undang peperangan yang telah digariskan oleh Islam.

Jika ada kumpulan ketenteraan Uygur sengaja membunuh orang tidak berdosa China, ianya bukan jihad.

Maka itu saya menyeru blogger Ibnu Hasyim agar berhati-hati dalam memilih kata-kata bila membicarakan isu-isu yang berkenaan dengan Islam dan/atau Muslim.

Janganlah mengikut sahaja apa yang dikhabarkan oleh media massa terutama media barat. Malahan buatlah penyelidikan terdahulu.


Anonymous said...


Siapa kata perjuangan menuntut kebenaran dan keadilan atau kemerdekaan itu tidak Islamik?

Yang tidak Islamik ialah perjuangan qaumiah,asobiah kebangsaan seperti UMNO di M'sia.

Pergi belajar lagi dari segi hukum, apabila kanak-kanak atau orang awam tak berdaya terbunuh dalam pertempuran seperti di Palestin, Cechnya,bom syahid dan lain-lain.

Kamu kena paham, jangan ikut pikiran barat yang mengatakan mujahin berjihad 'bom syahid' itu bunuh diri, bunuh orang awam atau bunuh kanak-kanak

Itu istilah ciptaan barat yang nak menakut-nakutkan orang lemah seperti kamu!

Kisah-kisah beginilah yang kita kena paparkan. bukan sorokkan, bagi semua orang tahu terhadap pengkhianatan mereka terhadap Islam.

Cuba tanya lagi, apa yang mengelirukan kamu?

As-salamu 'alaikum.

Man Toi said...

Al-hamdulillah, ini penjelasan yang baik, kepada Anon pertama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails