Saturday, March 01, 2014
Kajang, PR Berjaya Pecahkan Sempadan Perkauman -Presiden PAS
KAJANG: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.
Katanya, pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.
"Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.
"Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar," katanya.
Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.
"Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi. (Foto facebook)
Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda. (HD)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment