Monday, March 10, 2014

Karpal Dihukum Besok, Ikut Skrip UMNO?


Peguam Karpal Singh (gambar) akan dijatuhkan hukuman di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi esok. Salah seorang peguamnya, Ramkarpal Singh berkata, mahkamah menolak permohonan beliau agar keputusan itu diberikan pada sebelah petang.

"Kami mahu kes ini didengar di waktu petang tetapi tanpa sebab yang jelas ia ditolak," katanya.

Katanya, ahli Parlimen pembangkang itu bercadang menyertai perbicaraan itu selepas mengiringi calon Pakatan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada sebelah pagi.

Anwar dalam kenyataannya berkata, mahkamah sepatutnya lebih simpati kepada permohonan Karpal .
"Semua ini kerana kehakiman hanya bersedia mengikuti skrip yang dibuat oleh Umno," kata Anwar selepas menandatangani jaminan beliau di mahkamah hari ini.

Karpal adalah peguam utama Anwar dalam kes ini. Katanya, anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan berpecah kepada dua, satu kumpulan akan ke Kajang manakala satu lagi ke mahkamah. Pada 21 Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana menghamburkan perkataan hasutan ke arah Sultan Perak ketika krisis perlembagaan 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwa. Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan pada 11 Mac agar pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal yang juga pengerusi DAP berhadapan dengan hukuman sehingga maksimun RM5,000 denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – 10 Mac, 2014. (TMI)

No comments:

Post a Comment