Sunday, March 23, 2014

Kecoh, Anwar Ibrahim Diserang Penyokong BN. -Dr Hatta Ramli

 



KAJANG: PRK N25 Kajang hari ini menyaksikan pertembungan hebat penyokong Pakatan Rakyat dan BN sehingga beberapa pusat mengundi menjadi kecoh.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli kekecohan ini timbul ekoran penyokong BN yang diletakkan di kedua-dua bahu jalan mengundang suasana yang tidak terkawal.

"Di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat penyokong BN duduk di dua-dua belah jalan dan memang tidak selamat ," katanya ketika ditemui di UPU Sungai Kantan.

Hatta juga mengesahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang penyokong BN ketika melawat UPU Sungai Sekamat.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu dilindungi beberapa pengawal peribadinya.

"Saya yang ada beberapa langkah di belakang Anwar hampir diserang oleh penyokong BN. Lepas itu beberapa minit kemudian barulah FRU dibawa masuk ke pusat pengundian ini,"katanya.

Bagaimanapun katanya suasana ini dapat dikawal jika sekiranya pihak berkuasa memainkan peranan awal dengan mengasingkan kedua-dua penyokong dan diletakkan dalam jarak yang agak jauh sedikit.
Hatta tidak menolak PRK yang melibatkan calon berprofil tinggi memang menjadi perhatian ramai tetapi  bertindak menyerang mana-mana pemimpin bukan situasi zaman sekarang.

"Saya tidak terkejut kalau ramai yang datang merayu undi tetapi serang menyerang ke atas pemimpin kita kembali ke zaman dahulu. Sekarang kita sudah zaman moden. Hendak berkempen silalah tetapi serang menyerang ini adalah luar daripada sikap kita," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Beliau juga mengakui provokasi lucah datang daripada pihak sebelah BN yang dilihat tidak masuk akal bagi orang yang berbudaya.
"Saya mengatakan penyokong Pakatan Rakyat walaupun diprovokasi sebegitu yang boleh undang marah tetapi tidaklah sampai mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah untuk menyerang mereka.
"Mungkin mereka berkata-kata lucah dan kita tidak layan itulah membuatkan mereka bertambah marah,"ujar Hatta.

Beberapa pusat mengundi seperti di Sungai Chua dan Sungai Kantan turut dilaporkan berlaku kekecohan menyebabkan FRU dikerahkan untuk mengawal keadaan.
Berlaku perang mulut di antara dua-dua penyokong BN dan Pakatan Rakyat.
Penyokong BN mengeluarkan perkataan lucah manakala penyokong Pakatan Rakyat membalas dengan menyebut 'kangkung'. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails