HALAMAN HIBURAN
KL: Pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat terhadap acara seperti Future Music Festival Asia.
Justeru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius insiden enam anak muda meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil malam semalam.
“Kami kesal betapa di kala seluruh negara resah dan cemas serta bersimpati dengan ahli keluarga MH 370 yang hilang, negara dikejutkan dengan keliaran anak muda terlibat dalam konsert yang tidak melambangkan budaya dan akhlak yang sepatutnya,” ujarnya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, pengumuman Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam tadi telah dibatalkan adalah wajar dan sepatutnya dari awal lagi acara ini tidak harus diizinkan.
Kata beliau, pihaknya tidak dapat menerima bagaimana konsert tiga hari itu dilulus yang dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual antara 13hingga 15 Mac 2014.
Beliau menambah, bantahan terhadap acara seperti ini sudah sering disuarakan, namun pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat. Justeru, ujarnya sikap liberal yang diamalkan oleh pihak berkuasa telah diambil kesempatan oleh penganjur yang memberi tumpuan untuk mengadakan acara yang menarik golongan generasi muda.
“Kekhuatiran masyarakat bahawa acara seperti ini akan memberi kesan negatif kepada generasi muda sudah kerap diangkat dan terbukti benar apabila berlaku insiden yang tidak diingini.
“Sebab itu kami menegaskan pihak berkuasa sepatutnya mengambilkira bantahan masyarakat kerana jika kerajaan jujur mewar-warkan rakyat diutamakan, acara seperti ini tidak harus diluluskan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan tempatan bersikap tegas untuk membendung sebarang acara liar seperti itu dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak atasan terutama orang politik yang sering diperguna oleh penganjur untuk mendapat kelulusan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang kerajaan bersikap 'babi tuli' terhadap rintihan rakyat, apalagi yang berkaitan remaja, dan agama. Kerajaanlah yang bertanggung jawab terhadap penghancuran, akhlak dan budaya agama , sejak merdeka sampai sekarang. Kerajaan berjaya memisahkan remaja dari agama, secara praktikal.
Mari kita tinjau mengenai festival Future Music Festival Asia.di atas.
Satu:
Siapa penganjur hiburan bermaksiat itu?
Program direncakan dan akan berjalan seperti biasa tanpa serbuan dari pihak berkuasa kerana program tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk dijayakan.
Siapakah penganjur konsert tersebut? Syarikat Live Scape Sdn Bhd
Siapakah pemilik syarikat Live Scape ini? Apabila lihat google, nama Iqbal Ameer muncul. Siapa Iqbal Ameer ini? Ini link yang serba sedikit boleh menjadi rujukan anda http://my.linkedin.com/pub/iqbal-ameer/23/504/a38
Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.
Iqbal Ameer ini, upanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN. Syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.
Pada tahun lepas salah satu konsert bertaraf antarabangsa di batalkan di Malaysia. Ia melibatkan Live Scape selaku penganjur. Lihat beritanya mengenainya disini http://mynewshub.my/2013/10/26/livescape-rugi-rm1-juta-konsert-kesha-batal/
Gambar Iqbal Ameer jun dipaparkan.
Apakah konsert yang cuba dianjurkan? Konsert Festival Future Music.
Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut? Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah.
Dua:
Tetapi apa yang berlaku?
Pada hari pertama konsert tersebut berlangsung sudah berlakunya insiden yang kurang enak. Iaitu 3 individu yang menghadiri konsert tersebut dikesan positif dadah dan telah ditahan. Polis telah membuat siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Pada hari kedua, sekali lagi polis terpaksa bergegas ke lokasi apabila 5 maut manakala 4 yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan bernafas angkara pengambilanan dadah dan alkohol secara berlebihan.
Ini melibatkan 3 buah negara iaitu penonton dari Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Insiden ini sebenarnya mencemarkan nama baik negara dikala kita semua menghadapi permasalah seperti:
- Kemarau sehingga catuan air dibuat.
- Jerebu dengan pembakaran hutan demi hutan yang menyebabkan IPU berada pada paras yang tidak selamat.
- Insiden MH370
- Masalah kegawatan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi dengan kadar penganguran yang semakin tinggi..
Tiga:
Oleh itu ada yang cadang: Kerajaan perlu..
- Dedahkan kenapa permit diberikan kepada penganjur konsert ini.
- Dedahkan apakah syarat2 yang menyebabkan kerajaan bersetuju beri permit.
- Siasat bagaimana dadah dan alkohol boleh berada di dalam konsert.
- Siasat mengapa sesetengah dari mereka boleh overdose.
Untuk rekod, ia perkara yang sangat memalukan, salah seorang penganjurnya ialah seseorang yang menganuti agama Islam. (sozcyili)
Empat:
Sekilas Foto-foto suasana konsert di Bukit Jalil yang meragut 6 nyawa itu..
Lima:
Sumber Foto DISINI
Siapa, menteri yang bertanggungjawab, merekakah?
Kesimpulan:
Kita yakin kerajaan Malaysia masih tetap bersikap 'pekak babi' terdahap kritikan masalah-masalah rakyat. Apalagi dari rakyat kerdil, yang mereka lihat dari atas nampak macam semut-semut hitam kecil sahaja.
Tetapi mereka lupa, rakyat juga melihat mereka yang tidak bertanggung jawab dari bawah itu kecil macam semut hitam itu juga. Kita harap menteri atau jabatan yang bertanggungjawab atas kematian itu, wajar letak jawatan saja!
Ya, wajar letak jawatan saja! (IH)
Lihat sebelum ini...
3 comments:
hiburan yg melalaikan merosakkan anak muda khairy tolong jawab tentang isu ini dan nazri aziz inilah masalahnya bila bn umno memerintah.
betul sgt tu mohd azrul. tp besenya UMNO tetap kata DSAI punca segala.
bila pesta seumpama ini dihalalkan dan ditaja oleh BN maka pengunjung yg tak pernah mencuba dadah akan tidak segan silu mengambil dadah buat pertama kali bila melihat rakan2 bebas menikmatinya di khalayak ramai.
Post a Comment