Monday, March 03, 2014

Kos RM20 Bilion: Khalid Jawab Rafizi ..

Abdul Khalid Ibrahim 
Rafizi Ramli
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semua air Selangor boleh mencecah sehingga RM20 bilion sebagai hanyalah satu andaian.

Menteri besar Selangor itu berkata, bagi mengelak lebih banyak andaian dibuat berhubung MoU berkenaan, beberapa sesi penerangan terbuka akan dibuat bagi memberi pencerahan berhubung perjanjian tersebut.

"Saya ingat angka ini berdasarkan andaian yang dibuat. Oleh sebab itu kita akan membuat beberapa penerangan terbuka tentang perkara ini.
"Angka itu tidak sama dengan angka yang kita buat bersama Suruhanjaya Pengurusan Air Negara maka saya rasa tidak perlu komen sekarang kerana selepas MoU akan timbul perjanjian antara dua belah pihak," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan bilik gerakan PKR di Kajang hari ini.

Rafizi hari ini membayangkan penstrukturan air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan seperti anggaran awal RM9.65 bilion.
Beliau yang sudah melihat kandungan MoU tersebut mendakwa penstrukturan air juga melibatkan pembinaan loji rawatan Langat 2, bukan semata-mata pengambilalihan empat syarikat konsesi. – 3 Mac, 2014. (TMI)

1 comment:

Anonymous said...

Maknanya Khalid anggap Rafizi bodohlah ! Tak perlu dilayan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails