Crimea beralih ke waktu Moscow
Jangan beri ke Rusia ...
Sevastopol dan Crimea beralih ke waktu Moscow . (nbcnews.com)
JAM di stesen kereta utama di Bandar Simferopol kemarin melompat dari pukul 22.00 menjadi tengah malam ketika Crimea beralih ke penggunaan waktu Moscow , sebuah tindakan akhir untuk menyelesaikan penggabungan dengan Russia . Beratus-ratus orang berkumpul di alun - alun kereta untuk upacara perubahan waktu itu sambil melambai - lambaikan bendera kebangsaan Rusia dan melaungkan ' Crimea ! Rusia ! ' .
Selepas Moscow rasmi menganeksasi wilayah di Semenanjung Laut Hitam itu dari Ukraine pada 21 Mac , seperti yang dilaporkan oleh laman asiaone.com , Ahad ( 30 / 3 ) .
"Saya menyambut anda dengan kembalinya kami ke rumah , " kata Perdana Menteri Crimea yang baru , Sergei Aksyonov , di depan orang ramai warga .
" Saya yakin semua hal yang telah kita lakukan adalah untuk manfaat bagi Crimea dan warga Crimea," lanjut dia , sambil mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Presiden Rusia Vladimir Putin yang disambut riuh tepuk tangan dari orang ramai massa .
Dengan dibalut bendera Rusia dan beberapa di antara mereka menitiskan air mata bahagia , warga Crimea berkumpul di ibu kota provinsi Simferopol semalam sambil menyanyikan lagu kebangsaan Rusia ketika jam beralih ke waktu Moscow .
" Ini adalah saat kebahagiaan bagi saya . Kita semua bermimpi akan hal ini tetapi tidak berani berfikir hingga akhirnya datang sekarang , " ucap Tatiana , seorang pelayan berusia 35 tahun yang menari dengan iringan muzik yang dimainkan di alun - alun .
Rakannya , Inga , mengatakan dia saat itu masih berusia sebelas tahun ketika Kesatuan Soviet runtuh pada 1991 , yang kemudian memberikan kemerdekaan bagi Ukraine dan membelah Crimea dari Moscow .
" Pada masa itu hati saya menangis . Tapi sekarang telah bergembira , kita telah kembali ke rumah . Kita dilahirkan pada waktu Moscow dan kita kembali lagi , " ujar dia .
" Saya mencintai warga Ukraine tetapi saya tidak mengakui Ukraine sebagai sebuah negara . "
Crimea telah diperkenalkan dengan Ruble ( mata wang Rusia ) sebagai mata wang rasmi mereka dan mula membayar gaji pesara serta gaji pegawai kerajaan di pelbagai unit sejak wilayah itu memilih menyokong bergabung dengan Rusia pada 16 Mac . Kiev dan Barat telah mengecam tindakan pengilhakan dilakukan Rusia terhadap Crimea , kawasan miskin dengan penduduk dua juta jiwa yang majoriti rakyatnya beretnis Rusia , sebagai hal haram dan menjejaskan keamanan di Eropah .
Amerika Syarikat dan Eropah menahan kerja sama dengan Moscow dan menjatuhkan hukuman terhadap Rusia serta terhadap beberapa sekutu dekat Putin akibat tindakan itu , tapi masih menahan diri dari pemberian sekatan ekonomi yang keras . Kiev telah memerintahkan pasukannya di Crimea untuk mundur ke daratan , mengakui kekalahan selepas tentera - tentera Rusia menyambar markas mereka di wilayah itu satu demi satu .
Sejumlah pejabat peringkat menengah Rusia saat ini berada di Simferopol untuk membantu kerajaan tempatan agar membawa undang-undang dan peraturan di Crimea selaras dengan peraturan Rusia , sebuah proses yang akan diselesaikan pada akhir tahun ini .
Sedangkan beberapa hari lepas, perempuan Ukraine kempen tolak bercinta dengan lelaki Rusia
Jangan beri ke Rusia ...
Majalah TIME melaporkan , Selasa ( 25 / 3 ) , perempuan Ukrine ini berkempen dengan menggunakan baju bergambar tangan membentuk seperti faraj bertuliskan di bahagian dada , "Jangan beri ke Rusia, " demikian kalimat itu berbunyi .
Baju itu dijual pada laman jejaring sosial Facebook dan hanya untuk wilayah Ukraine dan hasil dari jualannya bakal diberikan kepada angkatan bersenjata negara itu. (IH)
1 comment:
Boddoh Punya Blog..
Ukraine Jangan Ke Russia..
Crimea majoriti umatnya Beragama Islam..
Umat Islam tak mahu mengikut US, lebih baik kembali ke Russia
US banyak propaganda jahat..Tapi PKR cenderong sokong US.. pas pon terjebak mengikut sama?
apa hal?
Post a Comment