Thursday, March 13, 2014
Lagu ini Popular Kerana MH370, Terjadi Macam Dirancang
HALAMAN HIBURAN
Lagu “Get it Started” oleh Pitbull dan Shakira kini menjadi perhatian di kalangan penggemar laman video YouTube kerana lirik lagu ini seolah-olah menceritakan apa yang berlaku tentang kehilangan Pesawat MH370.
Tanpa menunjukkan wajah penyanyi sebagaimana klip video yang biasa, video yang disiarkan dua tahun lepas (5 Julai 2012) hanya memaparkan lirik lagu pada skrinnya di samping suara kedua-dua penyanyi.
Sehingga kini, ia telah disaksikan oleh lebih 7 juta pengguna YouTube dan sedang meningkat dengan pantas.
Antara lirik lagu ini adalah "Now it's off to Malaysia", two passport (ditafsirkan sebagai dua pasport palsu), three cities (ibu negara Malaysia, Vietnam dan China), two countries (Malaysia dan Vietnam), 1 day (MH370 hilang pada 8 Mac dan menjadi berita utama dunia).
"This song is related to the mh370 incident.. OMG!!!,"
(Lagu ini berkaitan dengan kemalangan MH370...) tulis seorang penontonnya yang bernama Jai Rul yang membuat komen dalam laman itu.
Antara lirik lagu ini adalah, two passports (dua pasport) yang dikaitkan dengan dua pasport curi, manakala "three cities" dikaitkan dengan tiga bandar iaitu Kuala Lumpur, Beijing dan satu lagi yang belum jelas.
"No Ali, No Freezer, but for now off to Malaysia" adalah antara lirik yang turut dinyatakan dengan jelas dalam lagu yang kini menjadi sangat popular.
"Ali" dalam lagu ini pula dikaitkan dengan "Mr Ali" yang dirujuk sebagai warga Iran oleh media British Mirror.co.uk yang dikatakan menaiki pesawat ini dengan pasport palsu.
Mr Ali dilaporkan oleh akhbar itu sebagai orang yang membeli tiket dari Pattaya, Thailand.
Pihak Malaysia kemudiannya mengesahkan Ali adalah Pouri Nour Mohammadi,19 tahun, warga Iran yang menaiki MH370 dengan pasport palsu yang begitu teruja dengan penerbangan tersebut.
Ia adalah permulaan pengembaraan beliau untuk bertemu ibunya di Frankfurt, Jerman, dan memulakan hidup baru.
Seorang lagi pelayar laman ini menambah lagi maklumat yang berkaitan, 17 hari sebelum kejadian ini, wartawan CNN Richard Quest menaiki pesawat yang sama untuk membuat dokumentari tentang pengembaraan perniagaan.
Kesemua kebetulan ini kini menjadi bahan ulasan sehingga ada yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 adalah perancangan pihak-pihak tertentu. – 13 Mac, 2014. (TMI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment