Sebuah akhbar yang rapat dengan pemimpin China membidas Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370, dan berkata Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab serta perlu membekalkan maklumat terkini tentang kapal terbang yang hilang itu.
Dalam lidah pengarang akhbar itu hari ini, Global Times berkata kehilangan pesawat "harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya perlu dipertanggungjawabkan kepada Malaysia".
"Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas.
Ia menegaskan bahawa kemalangan pesawat biasanya berlaku semasa berlepas dan pendaratan, bukan semasa penerbangan.
"Kehilangan MH370 berlaku di langit, yang membuatkan kita ragu. Tidak kira apa sebabnya, ia telah mempengaruhi cara orang ramai melihat keselamatan udara.
"Jika ia disebabkan kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.
"Jika ini adalah serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu dipersoalkan. Jika ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor semulajadi atau tidak terkawal, semua syarikat penerbangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia Airlines, ia perlu menjadi pengajaran," katanya.
Sementara itu, dalam perbualan telefon mereka hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menawarkan simpatinya dan berkata Amerika sedia berkerjasama secara "menyeluruh" dengan China dalam usaha menyelamat.
Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas penerbangan MH370 Malaysia Airlines itu adalah dari China, dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk China dari segi bilangan rakyatnya yang terlibat.
Siasatan telah dilancarkan terhadap penumpang yang menjadi suspek selepas para pegawai berkata dua orang Eropah yang nama mereka dalam senarai penumpang - yang pasport kedua-dua mereka dicuri di Thailand - tidak berada di atas kapal terbang, menurut laporan AFP.
Dalam editorialnya, akhbar China Daily menulis bahawa "keganasan tidak boleh dikesampingkan", dan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih belum menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang tersebut dapat menaiki kapal terbang itu dengan pasport Itali dan Austria yang dicuri.
Akhbar itu menulis bahawa hakikat beberapa penumpang di atas kapal telah menggunakan pasport palsu harus menjadi peringatan kepada seluruh dunia bahawa keselamatan tidak boleh terlalu ketat di lapangan terbang khususnya, "kerana keganasan, yang buruk dari dunia, masih cuba untuk menoda tamadun manusia dengan darah dari nyawa yang tidak bersalah".
"Siapa mereka dan mengapa mereka menggunakan pasport palsu?" soal China Daily.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata bahawa kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport dicuri memiliki ciri wajah Asia.
"Saya masih hairan mengapa (pegawai imigresen) tidak boleh berfikir: Itali dan Austria tetapi dengan ciri-ciri wajah Asia," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional, Bernama.
Pihak berkuasa penerbangan masih menemui jalan buntu hari ini dalam mencari pesawat dan menunggu keputusan ujian pada tumpahan minyak untuk mencari petunjuk jet penumpang yang hilang. – 10 Mac, 2014.(TMI0
Lihat sebelum ini..
- Pesawat MAS Bawa 239 Penumpang Ke Beijing Dilapor ...
- Doa Selamat Penumpang MAS Dari PR
- Doa Keselamatan & Cukuplah Allah Bagi Kami..
- Dah Jumpa.. 2 Tumpahan Minyak Dipercayai MH370
- Terkini Siasat MH370: Wujud Unsur Jenayah Warga It...
- Setelah Penumpang Itali, Penumpang Austria Pun Tia...
- MAS MH370: Ibu Ini Kehilangan Anaknya..
- Shila Amzah & Simpati Insiden Pesawat MH370
- MH370: FBI Hantar Pasukan, Tak Tolak Aspek Kegana...
- MH370: Ada Objek Mencurigakan 100km Dari Pulau Tho...
No comments:
Post a Comment