Tuesday, March 11, 2014

MH370: Briged Jihad China Bertanggungjawab, Luaskan Operasi.


HISHAMMUDDIN (dua dari kanan) pada sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di Sepang semalam. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

SEPANG - Teori kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikaitkan dengan perbuatan pengganas mendapat asas baharu semalam apabila sebuah kumpulan tidak dikenali bergelar Briged Jihad China (Chinese Martyrs Brigade) tampil mendakwa mereka bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Briged Jihad China

Spekulasi tersebut tersebar luas apabila sekumpulan wartawan di negara China menerima e-mel dalam bahasa Mandarin daripada kumpulan tersebut yang mendakwa mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu.

Diberitakan juga, kumpulan itu yang sebelum ini tidak diketahui kewujudannya telah mengeluarkan satu kenyataan dalam format PDF kepada beberapa agensi media di China semalam dengan berkata 
“Anda membunuh seorang daripada puak kami, kami akan bunuh 100 daripada anda sebagai pembalasan.”.

Sebahagian besar media di China menolak kenyataan berkenaan bulat-bulat dan menganggap ia sebagai satu cubaan untuk mencipta ketegangan etnik selepas berlaku beberapa siri serangan di wilayah Barat Laut China di wilayah Xinjiang. Wilayah berkenaan ditadbir oleh puak Uyghur dengan kuasa autonomi.

Satu kejadian pembunuhan besar-besaran dengan tikaman berlaku di Kunming bulan ini yang menyaksikan 33 orang terbunuh. Bahkan kumpulan itu bertekad untuk meluaskan perjuangannya di luar negara, sesudah keluar dari wilayah Xinjiang. (Sila lihat artikel di bawah)

Selain itu, pakar analisis mendakwa kenyataan itu mencurigakan kerana mereka tidak menjelaskan apa yang terjadi kepada pesawat MH370 dan tidak memaklumkan adakah ia terhempas atau sebaliknya.

Sehingga kini, pihak berkuasa China tidak memberikan pengesahan ke atas kenyataan berkenaan. Pesawat MH370 membawa bersama 239 orang termasuk anak kapal terdiri daripada 153 penumpang warga China dan seorang warga Taiwan. Pihak MAS pada masa misi mencari sedang dijalankan ini tidak menolak apa sahaja kemungkinan termasuk perbuatan keganasan.


Tiada Bukti Kukuh

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata, siasatan setakat ini menunjukkan tiada bukti kukuh bahawa kehilangan pesawat MH370 itu mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.

Sementara itu dua penumpang lelaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikesan menggunakan pasport curi disahkan bukan rakyat Malaysia atau rakyat China. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, salah seorang daripada penumpang itu sudah dikenal pasti namun beliau enggan mendedahkan dengan alasan belum masa untuk berbuat demikian.

"Semakan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka bukan rakyat Malaysia dan kita juga percaya kedua-dua individu itu bukan etnik Uyghur dari Xinjiang, China," kata beliau kepada pemberita selepas taklimat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini semalam. (IH)

Ibnu Hasyim semasa melawat Pasar malam di Urumqi, Xinjiang, kawasan umat Islam Islam terbesar di China, beberapa tahun lalu.
Daging ternakan yang disembeleh, masih jelas kepalanya..
Sudah dimasak, mahu rasa?
Gerai jualan buah-buahan, milik orang Islam. Lihat wanitanya bertudung lingkup.
Sila lihat..
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
  • E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Di masa Islam sering dimomok-momokkan dan disalahkait dengan segala macam bentuk pembohongan, tajuk artikel Tuan hanya berbentuk sensationalisme sahaja.

Pertama, puak Uygur tidak akan menggunakan nama "China" di dalam gerakan mereka memandangkan betapa bencinya mereka terhadap China.

Malahan, mereka juga tidak menggunakan nama Xinjiang kerana nama tersebut adalah nama yang digunapaksa keatas mereka oleh China.

Masyarakat Uygur memanggil tanahair mereka sebagai Turkestan atau Turkestan Timur [ yakni dalam bahasa mereka ].

Kedua, apa pun bentuk jihad tidak membenarkan pembunuhan orang tidak berdosa terutamanya kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Jadi untuk Tuan memberikan gambaran melalui tajuk yang sensational itu bahawa ini adalah hasil usaha jihad adalah tidak bertanggungjawab kerana ia tidak mencerminkan apa itu jihad yang sebenarnya.

Sayang sekali tetapi inilah yang sepatutnya menjadi inti komen Tuan.

Anonymous said...

Dah kena tipu oleh amerika, masa 11/9, masih percaya lagi ke?. Ini ada rancangan besar us,dulu serang iraq, sekarang ni mungkin cina atau iran,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails