SEPANG: Malaysia Airlines sedang menyiasat laporan
yang mendakwa anggota keluarga penumpang rakyat China yang berada dalam
Penerbangan MH370 mengugut untuk melancarkan mogok lapar di Beijing
dalam usaha mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kehilangan
pesawat itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya
berkata beliau akan menyiasat laporan itu dan sedang berhubung dari
semasa ke semasa dengan pasukan Malaysia Airlines di Beijing.
"Jika sesuatu seperti itu berlaku, Malaysia Airlines sudah tentu akan menyiasatnya dengan segera.
"Dengan
segala yang kami mampu, kami memberi jaminan bahawa kami telah memberi
bantuan yang mencukupi, maklumat dan penjagaan kepada semua ahli
keluarga di Beijing," kata beliau dalam sidang media mengenai kehilangan
Penerbangan MH370, di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment