Lima puluh sukarelawan Yayasan Penganut Buddha
Tzu-Chi, 15 daripada mereka rakyat Malaysia, bersedia memberikan
sokongan emosi dan penjagaan kepada anggota keluarga penumpang pesawat
MH370 yang dilaporkan hilang.
Zeng Yunji, jurucakap Yayasan Penganut Buddha Taiwan berpangkalan di Beijing berkata mereka bersedia untuk memberikan sokongan emosi kepada penumpang yang disayangi. Beliau berkata selain daripada sukarelawan China dan Malaysia, mereka juga disertai sukarelawan-sukarelawan dari Amerika Syarikat dan Singapura.
"Kami akan memberikan bantuan sebanyak mungkin kepada anggota keluarga (mangsa)," katanya kepada pemberita semasa ditemui di luar Hotel Lido di Beijing, di mana keluarga terdekat para penumpang ditempatkan.
Zeng berkata yayasan itu telah berhubung dengan pegawai-pegawai MAS sebelum kerja-kerja sukarela dimulakan. Sementara itu, sukarelawan-sukarelawan Malaysia dari Tzu-Chi dan mereka daripada MAS Go Team enggan mengulas apabila ditemui media.
Pasukan MAS Go Team terdiri daripada 93 sukarelawan tiba di Beijing semalam untuk memberikan sokongan emosi dan bantuan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang itu.
Penerbangan pesawat MH370, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di sini pukul 6.30 pagi hari yang sama.
- Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana badan-badan dakwah Islam yang ingin membantu?
Lihat sebelum ini..
Lihat sebelum ini..
- Pesawat MAS Bawa 239 Penumpang Ke Beijing Dilapor ...
- Doa Selamat Penumpang MAS Dari PR
- Doa Keselamatan & Cukuplah Allah Bagi Kami..
- Dah Jumpa.. 2 Tumpahan Minyak Dipercayai MH370
- Terkini Siasat MH370: Wujud Unsur Jenayah Warga It...
- Setelah Penumpang Itali, Penumpang Austria Pun Tia...
- MAS MH370: Ibu Ini Kehilangan Anaknya..
- Shila Amzah & Simpati Insiden Pesawat MH370
- MH370: FBI Hantar Pasukan, Tak Tolak Aspek Kegana...
- MH370: Ada Objek Mencurigakan 100km Dari Pulau Tho...
No comments:
Post a Comment