Thursday, March 20, 2014

MH370: Taklimat Hishamuddin Tak Banyak Maklumat Baru.

 
Taklimat oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini tidak memberi banyak maklumat baru berhubung kehilangan pesawat MH370, selain petunjuk dari imej satelit Australia.

Sesi taklimat itu juga semakin singkat sewaktu operasi pencarian masuk hari ke-13 hari ini dan tumpuan media juga berpusat pada perkembangan yang diumumkan Australia pagi ini.

Ditanya jika satu bencara mungkin berlaku dalam penerbangan tersebut, Hishammuddin berulang kali menegaskan keutamaan untuk menemui alat perakam penerbangan atau kotak hitam bagi mengesahkan perkara itu.

Beliau turut menggariskan cabaran yang mungkin timbul dalam usaha tersebut, seperti yang dihadapi dalam operasi dalam kes Air France yang terhempas pada 2009.

"Dalam kes kotak hitam Air France, ia mengambil masa dua tahun untuk ditemui,” katanya.

Tambahnya, pelbagai negara akan mengambil bahagian dalam usaha untuk mengesan kotak hitam tersebut, sekiranya objek yang dikesan di Lautan Hindi itu benar-benar serpihan dari MH370.

Ditanya mengenai jawapannya yang mengaitkan tragedi Air France itu, Hishammuddin berkata ia disebabkan tempoh masa yang diambil untuk mengesan pesawat berkenaan. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails