MH370:: Usaha Pencarian Paling Gagal Dalam Sejarah Penerbangan .
Ketidakjelasan maklumat serta lambatnya kerajaan
Malaysia dalam mendedahkan maklumat penting berkaitan hilangnya pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH370 , membuat usaha pencarian ini dianggap
oleh beberapa pemerhati penerbangan sebagai pencarian paling gagal dalam
sejarah penerbangan .
Geoffrey
Thomas , pemerhati penerbangan asal Australia berkata , Malaysia tidak
memberikan keterangan yang jelas berkaitan hilangnya pesawat tersebut . Terlebih , berkaitan keterangan mengenai pemancar pesawat yang dimatikan secara sengaja .
" Saya kira ini adalah proses pencarian paling gagal dalam sejarah
penyelidikan pesawat di dunia . Kerajaan Australia seharusnya menegaskan
, bahawa Kerajaan Malaysia tidak berkompeten untuk melakukan
penyelidikan , " ungkap Thomas .
" Pihak Malaysia perlu waktu satu minggu untuk mengumumkan bahawa
pemancar pesawat dimatikan secara sengaja . Padahal , maklumat tersebut
dihantar secara langsung dan sangat penting dalam usaha pencarian
pesawat , " Thomas menambah , seperti yang dilaporkan oleh ABC Australia
, Isnin ( 17/3/2014 ) .
Menurut dia , pihak Malaysia terlalu banyak membuang masa dalam pencarian pesawat tersebut . Thomas mempersoalkan , mengapa diperlukan satu minggu untuk mendedahkan hal sesensitif itu .
" Masa sudah terbuang di sini . Keluarga penumpang benar - benar
disiksa kerana pencarian dilakukan di tempat yang salah , " tegas Thomas
. (IH)
No comments:
Post a Comment