Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin. Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan,
"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China. Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini. PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014. (TMI)
Peristiwa Memali - YouTube
www.youtube.com/watch?v=lCqOkl210mE
9 Ogo 2010 - Dimuat naik oleh Sayumi Michishige
Tahukah saudara-saudari tentang kisah Memali. Mahathir adalah syaitan yang merancang ...
Agaknya dimana madey kutty berada selepas mati..........fikir fikirlah adakah para waris kes memali akan memaafkan mamak kutty ini.
ReplyDeleteCek record perjalanan dia masa tu ada tak chop pada pass port atau sebarang dokumen yang berkaitan
ReplyDeleteBila tiba masa ALLAH SWT mencabut
ReplyDeletenyawa mamak kutty ni,jom kita ramai2
kencing atas kubur mamak celaka ni!
Musa Hitam yg sebenarnya berbohong..kalau tak percaya cari balik artikel dalam surat khabar yang mana ada liputan berita berlepas dan tibanya Tun M ke China masa kes Memali..semua orang politik masa tu tahu betapa besarnya cita2 politik Musa Hitam..sebagai Pemangku PM dia yang bertanggungjawab atas kes Memali..
ReplyDeleteYang salaah bukan saja 2 M, tetapi juga UMNO, dan penyokong2 sekarang. bertobatlah, keluar dari UMNO..
ReplyDeleteJika TDM kini merupakan penyokong PR dan vokal pula, dah tentu KDN mengarahkan PDRM siasat mamak tua ni. Disebabkan dia masih spesis UMNO, semuanya buat pekak je.
ReplyDeleteAssalam tuan,
ReplyDeleteSebagai seorang Islam, yang saya yakin menulis dengan semangat dan roh Islam, saya rasa tuan tidak sepatutnya menggunakan tajuk 'Musa Hitam Bongkar Penipuan...'.
Tajuk ini jelas mencerminkan tuan telah membuat keputusan/konklusi bahawa penipuan telah berlaku semata-mata berdasarkan kenyataan Tun Musa Hitam. Sebagai seorang penulis, apatah lagi yang beragama Islam dan yang menulis untuk/kerana Islam, saya rasa menyelidik kesahihan berita sebelum membuat konklusi adalah satu kewajipan yang tidak boleh diambil mudah.
Saya mohon tuan siasat dulu kenyataan Tun Musa itu. Sebagai salah seorang wartawan yang turut membuat liputan waktu Mahathir berangkat ke China, saya cukup yakin bahawa ada yang tak kena kenyataan Tun Musa tersebut. Tuan juga masih boleh mendapat keratan laporan berita mengenai jamuan meraikan Mahathir oleh PM China pada 20 November 1985, hari di mana Tun Musa kata Mahathir masih di Malaysia.
Saya memohon berbanyak-banyak kemaafan kalau komen saya ini menyinggung, tetapi sebagai bekas wartawan dan sebagai seorang Islam, saya beranggapan semua penulis yang beragama Islam harus berpegang kuat pada etika dan hukum semasa menulis.
Terima kasih.