KUALA LUMPUR: Kehilangan MH307 sebagai suatu yang misteri, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebook.
“Apakah
mungkin objek di alam manusia boleh memasuki alam jin, sehingga ia
hilang dari pandangan mata manusia dan alat pengesan manusia seperti
radar, GPS dan lain-lain,” ujarnya.
Ini, katanya kita biasa mendengar kehilangan misteri manusia beberapa hari, sehingga ia 'kembali' semula ke alam manusia.
“Ia bukanlah satu perkara pelik, sama ada kita ingin mempercayainya atau tidak.
“Namun hakikat yang kita wajib percaya wujudnya alam jin dan alam malaikat di sebalik alam manusia ini,” ujarnya.
Justeru,
tanya beliau apakah mustahil sesuatu objek memasuki alam tersebut,
sehingga ia kembali atau terus hilang tanpa dapat dikesan.
“Semuanya
dalam kekuasaan Allah. Maka sebagai hamba Allah, jangan putus asa,
memohon, merayu dan berdoa. Di saat ini jauhi perbuatan khurafat dan
kepercayaan karut.
“Jauhi tukang-tukang telek, ahli-ahli nujum
dan mereka yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dan syirik untuk
menjadi 'hero' dalam merungkai misteri ini,” tulisnya lagi. (HD)
2 comments:
Alam jin?
Anon 7.00am kalau anda beragama Islam anda pasti tahu apa itu alam jin tapi kalau anda bukan beragama Islam memang anda tidak tahu.
Post a Comment