Monday, March 03, 2014

Pembunuhan Di Afrika Tengah: Desak PBB, OIC Bersidang..

 Pembunuhan di Afrika Tengah..

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan segera melakukan usaha diplomatik untuk mencari penyelesaiaan kepada konflik yang kini tercetus di Republik Afrika Tengah (CAR).

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keadaan meruncing yang memangsakan umat Islam di negara itu perlu diselesaikan segera.

"Konflik di negara itu  kini meragut ribuan nyawa dan ratusan ribu lagi terpaksa melarikan diri menyelamatkan nyawa menjadi pelarian dalam negara (IDP) dan ribuan lagi cuba melarikan diri ke negara jiran seperti Chad dan Cameroon.

"Kami sangat perhatin terhadap rakyat awam di CAR dari kedua penganut agama yang telah hidup harmoni selama lebih 50 tahun kini digugat oleh kelompok estrimis yang mengambil tindakan ganas untuk menguasai kerajaan," katanya dalam kenyataan bersama Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).

Keganasna tercetus sejak Disember 2012 ekoran konflik antara tentera kerajaan CAR dan kelompok Seleke Muslim.

Akibat konflik ini rakyat awam Muslim dinegara yang baru 43 tahun merdeka dari penjajahan Perancis itu, berhadapan dengan serangan oleh kelompok Anti-Balaka Kristian.

Pada tahun 2014 ini, Amnesty International melaporkan beberapa insiden pembunuhan beramai-ramai (massacres) yang dilancarkan oleh kelompok Kristian  Anti-balaka terhadap orang awam  Muslim. Ribuan yang terpaksa melarikan diri.

Beberapa laporan lain mendedahkan genosid dan pembersihan etnik terhadap Muslimin di CAR kini sedang berterusan.

"Kami mendapati konflik yang tercetus itu  tidak boleh dibiar berterusan memandangkan rakyat awam menjadi mangsa kepada keganasan antara dua puak yang bertelagah iaitu antara kelompok Anti Balaka dan Muslim Seleke.

"Malaysia sebagai negara anggota OIC tidak boleh mendiamkan diri tatkala umat Islam miniroti di negara tersebut kini berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal," tegas beliau lagi.

Menurut beliau, walaupun tentera pengaman dari Perancis dan Liga Afrika sudah dihantar namun sehingga kini keganasan terus berlaku dan dijangka akan ramai lagi yang terbunuh dan menjadi pelarian dalam keadaan di negara itu yang tidak terkawal.

"Kami mendesak supaya Malaysia menghantar isyarat yang kuat kepada organisasi antarabangsa iaitu PBB , OIC dan  Kesatuan  Eropah supaya campur tangan dalam konflik CAR demi menyelamatkan nyawa awam yang tidak berdosa," tegasnya. (HD)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails