Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menggunakan kipas tangan untuk berteduh daripada matahari ketika hadir
melawat pusat mengundi di kawasan Kajang, pagi ini. – Gambar The
Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Mac, 2014.
KAJANG: Penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk menarik pengundi.
Di Sekolah Rendah Agama Batu 10, ada di kalangan penyokong PR membawa dua biji kelapa tua menyindir pihak lawan dengan membuat aksi perbomohan.
Ia bagi menempelak upacara perbomohan yang dilakukan Bomoh 1Malaysia, Ibrahim Mat Zin yang menggunakan kelapa ketika mengadakan ritual mencari pesawat MH370 yang hilang.
Di Sekolah Kantan Permai, penyokong PKR membuat aksi ritual perbomohan dengan menggunakan paip kecil sebagai teropong, memegang kelapa dan batang penyapu.
Ada di kalangan penyokong juga dilihat membawa kangkung bagi menempelak ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.
Pihak lawan, BN pula menggunakan ungkapan lucah sebagai modal mengejek penyokong Pakatan Rakyat. – Selangor Kini
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
No comments:
Post a Comment