Thursday, March 06, 2014

Perundangan M'sia, Tapak Subur Untuk Bisness GRO

Foto
Mereka ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

Hari ini sahaja, dalam satu akhbar (myMetro) terdapat 2 berita GRO.
 
Satu:
34 GRO warga asing dicekup
Melaka: Seramai 34 GRO warga asing ditahan Jabatan Imigresen Melaka dalam serbuan di sebuah pub di Melaka Raya, di sini, malam tadi.
Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hassan berkata, mereka ditahan berusia 18 hingha 35 tahun terdiri daripada 33 wanita warga Vietnam dan seorang China.


Turut ditahan dalam operasi selama tiga jam itu seorang adalah warga Bangladesh.

Serbuan tiga jam berakhir jam 9 malam itu disertai 30 pegawai termasuk Grup Taktikal Khas (GTK) diketuai Timbalan Penolong Pengarah Salmah Omar. 

Foto
WANITA warga asing yang ditahan di pusat hiburan.

Dua:
Peraga 51 GRO atas pentas
Kuala Lumpur: Seramai 51 pelayan wanita (GRO) warga asing dan tiga anggota geng kongsi gelap ‘08’ serta seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, semalam.


Dalam Op Cantas Khas bermula jam 11.45 malam itu, sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu bekas dewan gelanggang badminton yang diubah suai menjadi kelab malam itu.



Ketika diserbu, kebanyakan pelanggan tidak menyedari kehadiran polis selepas khayal melihat puluhan wanita yang diperagakan ala ‘cat walk’ di pentas disediakan.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wanita itu dipercayai diperagakan di atas pentas sebelum dipilih pelanggan dengan memberikan kalungan bunga dengan harga RM50.

Katanya, sebaik dipilih, wanita terbabit akan turun dari pentas untuk melayan pelanggan mereka di samping pelanggan itu juga perlu membelinya minuman dengan harga RM50.
“Semua 51 GRO warga asing berusia 20 hingga 30 tahun itu terdiri daripada 43 warga Thailand selain enam warga China dan dua warga Vietnam.
“Mereka ditahan selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen 1959,” katanya ketika ditemui selepas tamat operasi, semalam.

Menurutnya, tiga anggota geng 08 berusia lewat 30-an yang ditahan pula dipercayai menerima bayaran daripada pengusaha pusat hiburan itu sebagai pengawal pintu masuk dan dikenal pasti sebagai anggota kongsi gelap melalui tatu pada badan mereka.

“Buat masa ini, kita sedang menyiasat lebih lanjut mengenai pembabitan mereka dalam kegiatan kongsi gelap selain menyemak rekod sekiranya ada terbabit dalam sebarang kegiatan jenayah.
“Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dikenal pasti sebagai suspek dikehendaki berhubung kes jenayah yang disiasat mengikut Seksyen 324 dan 326 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Sementara itu, Roslee berkata, serbuan itu yang kedua membabitkan kelab hiburan sama. Sebelum ini, kelab berkenaan pernah diserbu pada 17 Januari lalu. Katanya, operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras dan mencegah jenayah.

Mengapa? Kerana Malaysia bukan negara Islam sebenarnya. Perundangan di Malaysia menjadi tapak subur untuk kegiatan maksiat. (IH)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  

Lihat artikel

2 comments:

Anonymous said...

Satu cabang perniagaan yang buat pegawai polis jadi jutawan (wang simpanan berjuta juta) saperti dilapurkan.
Bukan soal perundangan tapi yang melaksana undang2!

Anonymous said...

siapa la yg adakan gro dan yang melanggan..
apakah mereka muslim...

aptb

mie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails