Kit Siang
Namun, para penganalisis memberi amaran sekiranya perbalahan itu dibiarkan, sokongan rakyat di masa hadapan mungkin akan terjejas.
Mengulas kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa musuh utama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan Barisan Nasional tetapi dari kalangan PR sendiri, para penganalisis berkata peringatan tersebut timbul dari kerisauan mengenai bilangan keluar mengundi yang lebih kecil yang boleh memberi kesan kepada majoriti kemenangan PR.
"Biarpun pendapat (Lim) ada benarnya, saya tidak fikir perbalahan dalaman akan menjejaskan peluang PKR memenangi kerusi tersebut, melainkan keadaan bertambah buruk dan kita melihat kejutan daripada situ.
"Namun, melihat perkembangan semasa dan persaingan yang diberikan BN, saya tidak menjangkakan kejutan di Kajang," katanya.
Kerusi Kajang kosong selepas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheh, sebelum Anwar dilantik menjadi calon. Beliau akan ditentang Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, dan beberapa calon bebas yang lain.
Anwar dan pemimpin PKR lain telah bertungkus lumus memberi penerangan di sebalik apa yang dikenali Rancangan Kajang itu, untuk mempertahankan Selangor dari diambil alih Umno sekiranya parti Melayu itu mengusir Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden.
Amaran Lim dikeluarkan selepas timbul pelbagai muslihat politik melibatkan Pakatan terutama PKR secara terbuka.
Ini termasuk spekulasi bahawa Anwar akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, rasa tidak puas hati PAS Selangor dengan rancangan menukar MB, dan kritikan PKR terhadap Khalid berikutan memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan Putrajaya mengenai pengurusan air.
Menambahkan lagi teka teki adalah apabila Khalid menolak spekulasi tersebut, malah mengumumkan akan mencabar musuhnya Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei nanti.
Ibrahim berkata cabaran terbesar Anwar akan datang selepas PRK Kajang, iaitu yang ketiga selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) tahun lepas.
Anwar terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan anggota Pakatan lain terutama PAS bahawa beliau merupakan calon paling layak memimpin Selangor dan menyelesaikan perbalahan dalaman parti.
"Perbalahan akan memberi masalah imej kepada Pakatan," kata Ibrahim, sambil merujuk insiden beberapa wakil pembangkang yang melompat parti sebelum PRU 13, yang mencalar kredibiliti parti.
"Amaran Lim itu harus diberi perhatian kerana ia akan memberi kesan kepada pendapat umum dan Pakatan masih memerlukan rakyat menyebelahi mereka," katanya.
Sambil menyifatkan kenyataan Lim itu sebagai sesuatu yang dijangka daripadanya, penganalisis politik Oh Ei Sun berkata Lim sering memberi amaran setiap kali berlaku pilihan raya yang penting, bagi menggalakkan pengundi untuk keluar mengundi.
Dalam PRU 13, jumlah peratusan keluar mengundi di Kajang adalah 87.9%, dan 541 undi rosak. Pengundi Melayu merupakan 48%, Cina 41%, India 10%, serta lain-lain 1%.
"Dalam jangka masa pendek rakyat mungkin akan terlepas pandang mengenai isu perbalahan dalaman dan akan mengundi PKR, jadi ia tidak akan memberi kesan pada PRK kali ini," kata Oh, yang berpusat di S. Rajaratnam School of International Studies di Nanyang Technological University, Singapura.
"Namun percakaran parti akan memberi kesan kepada Pakatan dalam jangka masa panjang," tambahnya.
Penganalisis politik UiTM, Professor Shaharuddin Badaruddin berkata kenyataan Lim itu dikeluarkan kerana bimbang situasi perbalahan yang semakin teruk boleh menjejaskan jentera PKR memenangi kerusi Kajang.
Beliau berkata amaran itu tepat pada masanya sedang PKR bergelut secara terbuka.
"Mungkin beliau cuba memberi peringatan bahawa perbalahan tidak akan menguntungkan mereka biarpun PKR tidak akan kehilangan kerusi Kajang," kata Shaharuddin, yang melahirkan keyakinan masalah tersebut dapat diselesaikan segera. – 2 Mac, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..
- Khalid Akui Musuh Politik Kalangan PKR..
- Ini Musuh Sebenar Anwar Di Kajang, Bukan BN.. -Ki...
- Pakatan Anwar-Najib, Jalan Singkat Menuju Putrajay...
No comments:
Post a Comment