HALAMAN HIBURAN
Setelah dikecam oleh umat Islam sejagat akhirnya video klip Dark Horse milik penyanyi Katy Perry mula diubah . Liontin Allah dalam bahasa Arab dihilangkan .Akhbar the Daily Mail melaporkan , Jumaat ( 28 / 2 ) , sebelum ini diberitakan Shazad Iqbal , seorang lelaki muslim asal Bandar Bradford , Inggeris , telah melancarkan sebuah petisyen meminta YouTube mengeluarkan video terbaru milik Perry dari laman mereka . Ini lantaran video itu memperlihatkan penyalahgunaan kata Allah .
Dalam video itu Perry memegang watak seorang puteri di Mesir kuno sedang berusaha mencari seorang lelaki ingin melamar dia , satu per satu lelaki tiba dengan hadiah yang mengecewakan puteri itu, dan mereka semua dirombak menjadi pasir akibat petir dikeluarkan dari jari - jari perempuan itu .
Video klip ini sebenarnya ingin menawarkan sesuatu yang baru tetapi telah mencetuskan kontroversi , selepas Iqbal memperhatikan lelaki pertama ingin melamar Katy Perry memakai kalung bertuliskan Allah . Dia langsung membuat sebuah petisyen bagi YouTube untuk menarik video itu , dan menuduh video tersebut mempromosikan penghujatan .
Borang di dunia maya itu telah menarik hampir 40,000 tanda tangan dari pelbagai negara di seluruh dunia , termasuk Australia , Arab Saudi , Pakistan , dan Bangladesh .
" Bentuk penghujatan sangat jelas disampaikan dalam video itu , kerana Katy Perry ( yang seolah-olah berperanan sebagai pihak berlawanan dengan Tuhan ) menghancurkan orang dan kalung bertuliskan Allah itu dalam kobaran api , " ujar Iqbal .
" Ini adalah alasan untuk memfailkan petisyen itu agar orang - orang dari pelbagai lapisan kehidupan, agama yang berbeza , dan dari berbagai belahan dunia , bersetuju bahawa video itu mempromosikan penghujatan , " katanya .
" Menggunakan nama Tuhan dengan cara tidak relevan dan tidak menyenangkan akan dianggap tidak pantas oleh agama apapun , " lanjut Iqbal .
Selepas menandatangani petisyen , Khan Bilal , dari Bandar Birmingham berkata , ' Ini benar - benar menjijikkan di mana industri muzik membenarkan perkara itu berlaku , muzik seharusnya digunakan untuk menyebarkan cinta bukan kebencian'.
Lihat sebelum ini..
1 comment:
mungkin dia maksudkan 'Allah' bukan orang Islam....
lagipun geng PAS kan setuju Allah boleh pakai dalam bible...
jadi mungkin dia merujuk 'Allah' dalam bible...
Post a Comment