Wednesday, March 05, 2014

Sial Sungguh Pusat Hiburan. Kerajaan Masih Tuli..

Foto
PELAYAN warga Vietnam ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kepong, semalam.

Kuala Lumpur: Seramai 44 wanita warga Vietnam termasuk tiga yang masih bawah umur ditahan polis selepas dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Kepong di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyerbu dua pusat hiburan masing-masing sebuah di Laman Rimbunan dan Taman Manjalara sebelum memberkas semua wanita berkenaan.

Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur Deputi Superintendan Bahrain Che Rose berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan tiga remaja wanita warga Vietnam berusia 18 tahun yang turut mengambil jalan mudah mencari pendapatan lumayan di negara ini.

Menurutnya, remaja terbabit dipercayai baru tiga bulan memasuki negara ini dan menerima tempahan paling ramai daripada pelanggan yang berkunjung ke premis hiburan berkenaan.

Dalam serbuan pertama di Laman Rimbunan, seramai 22 wanita ditahan ketika melayan 30 pelanggan manakala dalam serbuan di Taman Manjalara, seramai 22 lagi wanita ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya selepas operasi berkenaan, semalam.

Bahrain berkata, turut ditahan dua pekerja dan dua penjaga rakyat tempatan dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut. “Hasil risikan polis mendapati wanita terbabit dibawa ejen sebaik ditempah oleh pengusaha pusat hiburan di negara ini sempena sambutan Krismas dan tahun baru,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lagi sialnya pusat hiburan. Pusat hiburan sudah jadi pusat maksiat. Bumi sudah muntahkan bencana hasil dari buatan tangan maksiat penghuninya sendiri. Kita sedang tanggung hasil dari kebodohan pemimpin-pemimpinnya sekarang. Jangan salahkan Tuhan.. Allahu 'aklam. (myMetro)

Foto Pilihan myMetro
Foto Menarik
TAKUNGAN air di sekitar Empangan Batu, Ulu Yam berkurangan daripada biasa akibat keadaan cuaca panas dan kering. FOTO Sairien NafisFoto Menarik 
SEBUAH stor kilang perabot terbakar dalam kejadian di Jalan Miri Bypass, Miri, Sarawak jam 1.30 petang tadi. FOTO Abdul Rahman Adam
Foto Menarik 
 BURUNG merpati atau nama saintifiknya, Columba Domestica menghilangkan dahaga di sebuah kolam pancuran berikutan cuaca panas di Little India, Jalan Bandahara, Melaka. Fenomena cuaca panas melampau dengan purata suhu seluruh negara diantara 34 hingga 38 darjah Celsius sejak kira-kira dua bulan lalu menyebabkan paras air sungai menurun dan kawasan tadahan air menjadi kering kontang. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan 
 Foto Menarik 
BEBERAPA pelajar sekolah memakai topeng muka berikutan keadaan jerebu yang melanda ibu negara. FOTO Khairull Azry Bidin
Foto Menarik 
SEBUAH lori kontena terbakar di KM 285.2 Lebuhraya PLUS arah utara dekat susur Nilai. FOTOMohd Nur Asnawi Daud. 
Foto
SEORANG lelaki berjalan di Niagara Falls yang beku akibat cuaca ekstrem.
Bumi sudah marah!

1 comment:

  1. saya harap blog pr dpt buat kempen ultras malaya iatu presiden fam sila letak jawatan krn fam perlu dirombak sudah 30 tahun presiden fam pangku jawatan tiada perubahan kita perlukan pemimpin baru yg lebih segar seperti tsam ataupun tmj

    ReplyDelete