KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dengan teliti syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘kahwin ekspres’ yang kini secara terbuka dan berani mempromosikan perniagaan mereka.
Presidennya, Musa Awang berkata, sebelum ini sindiket itu bergerak secara sembunyi dan hanya mempromosikan kegiatan masing-masing di internet serta laman sosial, namun kini mereka bergerak aktif dengan mengedarkan iklan dan kad nama syarikat masing-masing kepada orang ramai secara terbuka.
“Ayat-ayat yang digunakan dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai menunjukkan bahawa mereka mampu menyelesaikan beberapa masalah berkenaan kesukaran bernikah di Malaysia.
“Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah menyelesaikan masalah mengandung tanpa surat nikah dan dapat menutup aib jika belum berkahwin,” katanya pada sidang akhbar di kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini semalam. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baguslah membantu memudahkan urusan agama.
- menyelesaikan beberapa masalah berkenaan kesukaran bernikah di Malaysia
- menyelesaikan masalah mengandung tanpa surat nikah.
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment