Pramugari Skymark Airline yang berskirt pendek kini menjadi kontraversi
Syarikat penerbangan itu, Skymark Airlines kini mendapat tentangan daripada Kesatuan Kakitangan Kabin mereka sendiri yang menganggap pakaian seragam yang diperkenalkan itu sebagai terlalu pendek sehingga mendedahkan boleh dikatakan kesemua bahagian paha pemakainya.
"Kami sangat khuatir kerana rekabentuk skirt itu boleh mencetuskan masalah termasuklah gangguang seksual ke atas pemakainya," demikian kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Kakitangan Kabin Jepun.
"Skymark menegaskan yang pakaian seragam itu hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan tetapi ini hanya menunjukkan yang pihak syarikat melayani pihak wanita seperti satu bahan komoditi," tegas persekutuan itu lagi.
Komen yang dikirimkan ke laman web kesatuan syarikat penerbangan itu antara lain menyebut yang kakitangan kabin tidak akan dapat menumpukan perhatian ke atas tugas mereka secara efektif kerana bimbang mereka akan menjadi mangsa tenungan para penumpang ataupun penumpang akan mengambil kesempatan dengan merakamkan dari bawah foto skirt pendek mereka itu menggunakan telefon bimbit.
Skymark bagaimanapun menolak tanggapan negatif pihak kesatuan itu dan merancang untuk meneruskan perancangan mereka dengan memperkenalkan pakaian seragam dengan skirt pendek itu menjelang musim bunga akan datang dalam penerbangan domestik yang menggunakan pesawat Airbus A330.
Bagaimanapun, Presiden Skymark, Shinichi Nishikubo memberitahu para pemberita yang pihak syarikat tidak akan memaksa mana-mana kakitangan kabin yang enggan memakai pakaian seragam baru itu nanti.
Kata Nishikubo, mereka kesal kerana niat baik untuk mempromosikan syarikat telah disalah tafsir dan dipandang serong oleh ramai pihak. (mStar Online)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu bahayanya bila aurat wanita tidak ditutupi dengan baik dan sempurna.
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
CT Rahmah 0132289576
Syed 0176778774 (JB)
No comments:
Post a Comment