Sunday, March 16, 2014

TG Nik Aziz Syukur Hujan Basahi Bumi K'tan


 

KOTA BHARU: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur berikutan hujan yang telah membasahi bumi Kelantan bermula awal jam 5.00 pagi tadi.

Menurutnya, selepas itu hujan turun lagi kira-kira jam 11.00 pagi tadi sebagai petanda Allah menerima pergantungan hamba-Nya  yang telah bermunajat, menunaikan solat hajat dan istisqa’.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebagai mengulas hujan mula turun di bumi Kelantan bermula awal pagi tadi.

Hampir dua bulan lalu, sesetengah kawasan di Kelantan tidak menerima hujan.

“Syukur kehadrat Allah bumi kita telah hujan hasil usaha semua memohon pada Allah sama ada melalui doa, solat hajat atau solat sunat istisqa’ memohon hujan.
“Sewajarnya solat sunat sebegini hendaklah sering dilakukan bukan hanya ketika menerima bala atau inginkan sesuatu sahaja,” ujarnya.

Beliau juga turut mengingatkan umat Islam supaya tidak putus mendoakan kehilangan pesawat MH370 yang telah hilang masuk hari ke-8 hari ini. Pada masa yang sama, umat Islam diingatkan  supaya sering menunaikan solat sunat tahajud.

Katanya, ujian atau bala  yang Allah berikan itu sebenarnya untuk mengingatkan  manusia sentiasa ingatkan Dia sentiasa. Tuan Guru seterusnya menambah, bukan hanya kesusahan yang ditanggung oleh umat manusia sahaja sebagai bala, sebaliknya kesenangannya juga bala. Tambahnya, iaitu apabila mana manusia tidak mahu mensyukuri nikmat Allah. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails