KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS menyifatkan rakyat Dun Kajang faham perkembangan semasa politik sesuai dengan kewujudan banyak institusi pengajian tinggi di sana.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila ada banyak banyak universiti atau institusi pengajian tinggi serta bank ia menggambarkan penduduk di kawasan golongan cerdik.
“Terima kasih pengudi Kajang biar pun mereka berdepan kempen Umno dengan menggula-gulakan pelbagai projek dan bantuan namun mereka lebih matang.
“Syukur di atas keupayaan Pakatan Rakyat mempertahankan Dun Kajang. Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi,” katanya sebagai reaksi di atas kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Dun Kajang yang diumumkan malam tadi.
Presiden PKR itu menang dengan majoriti 5,379 undi. Beliau mengatasi Datuk Seri Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.
Pada pilihan raya kecil Dun Kajang semalam, Pakatan juga berjaya merobek kubu Umno di peti undi Sekamat dan Taman Delima.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, mengundi merupakan perkara baru kerana pada zaman lampau tidak ada proses pengundian, di mana pemerintah hanya diwarisi.
Menurutnya, sejak kerajaan Islam pertama diwujudkan di Madinah oleh Nabi Muhammad SAW sehingga Khalifah Othmaniah di Turki, tidak ada proses pilihan raya seperti sekarang.
“Perkara agak baru dalam kalangan orang Islam, namun masih ada yang tidak berapa faham keperluan mengundi dalam Islam,” ujarnya. (HD)
1 comment:
Yang saluran berusia tinggal tak berapa kerat dah. Saluran muda bertambah. Tapi make sure saluran muda tempat lain juga follow Kajang. Satu cabaran kepada Pemuda Pakatan. Tackle putri mereka yang tergedik2 tu dan bagi kesedaran kepada mereka. Tak ada gunanya mereka berseronok dengan pemuda mereka yang kaki joget/gaduh/perempuan dll. Nescaya lebih cepat bee end tumbang.
Post a Comment