Sunday, March 30, 2014

Tok Guru Mohon Maaf, Utusan Guna Lagakan Dg Anwar.


“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.
“Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu dipetik daripada facebook beliau.
 
Utusan Malaysia menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menangis memohon maaf di hadapan jemaah semasa kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka, Kelantan semalam adalah langkah terpuji.

Melalui kolumnya, Awang Selamat mempersoalkan adakah tindakan serupa sanggup dilakukan  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat hadir pada sesi kuliah Subuh Nik Aziz itu.

Awang mendakwa, 'mudarat' dilakukan Anwar lebih besar daripada mana-mana yang pernah dilakukan pemimpin kerana itu beliau  wajar mengambil iktibar melalui tindakan bekas menteri besar Kelantan itu yang sanggup meminta maaf .
"Terdetik pertanyaan dalam hati, apakah ketua pembangkang, Anwar yang dilaporkan hadir pada sesi kuliah Subuh Nik Aziz semalam, mahu mengambil iktibar. Awang berdoa agar beliau dibuka pintu hati untuk memohon maaf atas segala keterlanjuran, kesalahan dan dosa," katanya dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia edisi mingguan.

Awang berkata, Anwar perlu membuktikan keberanian keberanian untuk ‘membersihkan diri' dan mengambil sikap bertanggungjawab sementara belum terlewat. Selain itu, Awang juga tidak menafikan bahawa Nik Aziz mempunyai jasa dan sumbangan yang besar termasuk berjaya mempertahankan Kelantan di bawah pentadbiran PAS selama lima penggal.

Katanya, tidak perlu untuk mengimbas segala kontroversi, kegagalan dan kelemahan beliau serta pendiriannya dalam banyak isu yang dianggap memudaratkan kepentingan Islam, lebih-lebih lagi berkaitan perpaduan ummah.

"Awang sendiri walaupun selalu menggeleng kepala dengan kenyataan Nik Aziz, sebenarnya sudah lama memaafkan beliau. Siapalah kita untuk terus menghukum beliau yang dimamah usia serta semakin uzur. Nik Aziz juga insan biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap.
"Nik Aziz banyak kekuatan. Kepimpinannya membolehkan PAS menguasai Kelantan selama lima penggal dan mengukuhkan parti itu atas cengkaman pengaruh beliau yang dicemburui kawan mahupun lawan. Rekod itu pastinya sukar ditandingi oleh pemimpin lain selepas ini," katanya.

Semalam, Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.
Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya.

Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013.
Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.
Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub. Namun sejak Nik Aziz tidak memimpin Kelantan, kepimpinan negeri itu agak kecoh apabila berlaku kritikan dalaman terhadap kepimpinannya daripada PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.

Sejak tidak menjadi MB, kesihatan Nik Aziz semakin teruk dengan kerap berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Nik Aziz juga dilaporkan tidak menyertai majlis himpunan Reformasi 2.0 di Kota Baru yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak sihat. – 30 Mac, 2014. (TMI)

2 comments:

Anonymous said...

Itu tanda di mata awang siuman x nampak salah najib dan mahathir ketika perintah negara. Aku sesekali x akan membiarkn anak2ku sebodoh beliau..

Anonymous said...

Apa lah pnya mngkuk tingkat si awang ni..anak aku pn blh fhm..kesitu plk kefahaman si fitnah ni..semoga allah memberi hidayah kpd anda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails