Wednesday, April 02, 2014

3 Ditembak Mati Menjelang P'raya Di Aceh. Kami Tidak Berpolitik.


AFP: BEBERAPA penyokong mengusung jenazah seorang penyokong Parti Aceh untuk dikebumikan di Biruen, dalam wilayah Aceh semalam.

PILIHAN RAYA PRESIDEN INDONESIA   

BANDA ACEH, Indonesia - Dua lelaki bersenjata menaiki sebuah motosikal menembak mati tiga orang termasuk seorang anak kecil di sini, kata polis semalam. Serangan tersebut merupakan insiden keganasan terbaharu di wilayah Aceh menjelang pilihan raya legislatif di Indonesia pada minggu depan.

Semua mangsa dibunuh lewat kelmarin apabila dua lelaki berkenaan melepaskan tembakan ke arah sebuah van yang dihiasi gambar-gambar calon Parti Aceh. Parti berkenaan mendominasi senario politik tempatan.

"Lelaki-lelaki bersenjata itu dipercayai mengekori van tersebut yang membawa 12 orang termasuk dua anak kecil sebelum melepaskan tembakan dari arah belakang," kata ketua polis daerah Bireuen, Ali Khadafi. Serangan itu berlaku di daerah tersebut.

"Pemandu van membawa para penumpang ke sebuah pusat perubatan tempatan tetapi budak lelaki berusia 18 bulan tersebut, seorang lelaki dan seorang wanita maut sebaik tiba di hospital," tambah Khadafi.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 35 tahun masih kritikal. Mengulas kejadian itu, polis memberitahu, identiti dua lelaki bersenjata tersebut tidak dapat dipastikan tetapi terdapat peningkatan mendadak dalam serangan berkaitan politik menjelang pilihan raya pada 9 April ini. Menurut polis, antara keganasan yang berlaku termasuk serangan senjata api dan grenad.

"Serangan meningkat sejak beberapa minggu lalu ketika parti-parti politik rancak berkempen menjelang pilihan raya ini," kata polis.

Keganasan berdarah turut melanda Aceh menjelang pilihan raya gabenor pada 2012 dan pilihan raya legislatif pada 2009. Pilihan raya legislatif yang diadakan setiap lima tahun bakal menyaksikan 15 buah parti politik bertanding merebut sekitar 20,000 kerusi di peringkat nasional, wilayah dan daerah. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sementara itu lapor Acehkita.Com, pihak keluarga menyebutkan bahawa Fakhrurrazi yang menjadi korban penembakan di Bireuen bukan ahli politik. Kereta Kijang yang digunakan korban saat penembakan itu dipinjam kerana hendak mengantarkan ibu bapanya berubat.

Nuriah (35), isteri Fakhrurrazi, berkata, suaminya tidak pernah terlibat dengan parti manapun selama ini. Kereta berstiker caleg Partai Aceh itu "hanya dipinjam sebentar," kata Nuriah kepada wartawan saat ditemui di RSUZA Bandar Seri Begawan, Selasa (1/4/2014). "Keluarga kami tidak terlibat dengan parti. Kami hanya petani. "

Seperti diberitakan, sebuah kereta berstiker caleg Partai Aceh ditembak sehingga menyebabkan tiga penumpang tewas dan seorang kritikal. Nuriah menyebutkan, kereta itu dinaiki 11 orang (satu keluarga).

Keempat orang yang terkena tembakan duduk di bangku belakang. "Kereta kami ditembak dari belakang," ujar Nuriah.

Menurut Nuriah, dalam menjalankan aksi bejatnya menggunakan motosikal itik jenia Mio. [Ghaisan]


Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails