Thursday, April 24, 2014

3 Pegawai Tinggi Hilang Bersama Lanun Rompakan.


PELABUHAN Klang Utara lokasi kapal Naniwa Maru 1 berlabuh selepas dirompak kelmarin.


PELABUHAN KLANG – Rompakan minyak diesel dibawa kapal Naniwa Maru 1 bernilai RM8.3 juta yang dalam pelayaran ke Yangon, Myanmar di lokasi 19 batu nautika dari Pulau Ketam di sini kelmarin disyaki turut membabitkan tiga pegawai tertinggi dalam kapal tersebut yang turut hilang bersama kumpulan lanun itu.

Ketiga-tiga pegawai terbabit yang pada awalnya disyaki diculik ialah Kapten Kapal Farizal; Ketua Jurutera, Mohamad Alfan dan Ketua Pegawai Kapal, Ariyandri Alhafsyah.

Mereka yang merupakan warga Indonesia disyaki bersuhabat dengan kumpulan lanun itu selepas beberapa barang peribadi milik mereka termasuk dokumen perjalanan turut dibawa bersama. (Kosmo)

No comments:

Post a Comment