Agama adalah nyawa bagi kehidupan muslim
AGAMA adalah asas bagi segala kehidupan muslim, manakala aqidah
(keimanan) adalah asas bagi agama Islam.
Dua perkara pokok ini mesti
difahami oleh seluruh masyarakat, sama ada muslim atau bukan muslim.
Kedudukan agama dalam kehidupan muslim bukan hanya sekadar keperluan
rohani atau perkara yang boleh diambil atau ditinggal, bahkan ia adalah
kewajipan yang mesti diterima dan dilaksanakan.
Agama bukan
bahan tempelan bagi memenuhi syarakat digelar muslim, atau perkara yang
diterima dalam sesetengah keadaan dalam memenuhi keperluan hidup,
sebagaimana pakaian, yang boleh dipakai bila mana perlu dan ditanggal
bila mana tidak memerlukannya. Ia juga bukan seumpama makanan, yang
boleh di ambil bila mana lapar dan ditinggal bila mana merasa kenyang.
Bagi umat Islam, agama adalah nadi, jantung dan nyawa bagi kehidupan
muslim.
Agama adalah asas kehidupan, asas penilaian dan asas
bagi segala tindakan, keyakinan dan kepercayaan. Di atasnyalah berdiri
segala tindakan, penilaian dan keyakinan. Kerana persoalan agama inilah
umat Islam terdiri dari pelbagai tahap dan golongan. Walau semuanya
muslim.
Ada orang Islam yang menghayati sepenuhnya segala
ajaran Islam, dengan penuh kepercayaan, keimanan, dan kesungguhan
sehingga keyakinannya menyerap dalam seluruh akal budinya. Golongan ini
dipanggil mukmin.
Manakala ada dalam kalangan orang Islam yang
hanya sekadar percaya beberapa kewajipan asas agama khususnya hubungan
dengan Allah, sedang keyakinannya tidak meresap ke dalam seluruh akal
budinya, ia bercampur baur antara taat dan maksiat. Golongan ini
dinamakan golongan muslim asi, atau fasik.
Sama halnya dengan
orang Islam yang hidup membelakangkan tanggungjawab terhaap Allah
seperti mengabaikan sembahyang, puasa, zakat, haji serta melakukan
pelbagai dosa dan larangan Allah, namun ia masih berkeyakinan kewajipan
yang mesti dilaksanakan, atau masih berkeyakinan dan tahu perbuatan
haram, namun dilakukan kerana kelemahan mannya, atau kerana malas dan
cuai, maka golongan ini dinamakan golongan fasik. Iaitu golongan yang
melakaukan dosa besar dan tidak beraubat kepada Allah.
Manakala
sesaorang yang melanggar kewajipan asas seperti sembahyang, puasa,
zakat, haji dan lainnya dengan penuh keyakinan ianya BUKAN SATU
KEWAJIPAN, atau tidak haram melakukan larangan Allah seperti berzina,
minum arak, berjudi dan lainnya, sekiranya dilakukan dengan
pengetahuannya maka golongan ini dipanggil murtad. Yakni telah terkeluar
dari lingkungan seorang muslim. Kerana ia telah MENGHALALKAN APA YANG
DIHARAMKAN OLEH ALLAH, ATAU MENGHARAMKAN APA YANG DIHALALKAN oleh Allah.
Maka
sebagai seorang muslim mereka mesti menerima, beramal dan mematuhi apa
jua kewajipan Allah ke atasnya, dan meninggal apa jua larangan Allah.
Maka kita mesti mengetahui apakah perkara kewajipan dan apa pula perkara
yang dilarang oleh Allah. Mengetahui perkara ini termasuk fardu ain,
yang mesti dipelajarai oleh setiap muslim.
Di manakah hudud , qisas dan takzir.
Ia
sebahagian kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah demi kebaikan,
keselamatan, kesejahteraan masyakat bagi menjamain keharmonian, keamanan
dan keselamatan harta, nyawa, maruah, akal fikiran dan agama yang
menjadi teras tersebut.
Maka tanggungjawab ini mesti difahami
oleh seluruh masyarakat muslim atau non muslim. Maka adalah sangat
janggal dan bercanggah dengan asas agama Islam bila mana ada dalam
kalangan muslim atau non muslim meminta agar umat Islam tidak
melaksanakan sistem perundangan Islam (hudud, qisas atau akzir ) ke atas
umat Islam, kerana Ia satu kewajipan bagi pemerintah Islam. (HD)
No comments:
Post a Comment